Kemana arah yang dah lompat parti?

Baru-baru ini kecoh lagi dari Pakatan Rakyat apabila ada wakil rakyatnya yang melompat parti. Baik melayu mahupun cina, masing-masing keluar dari Pakatan samada keluar secara sukarela mahupun dipecat.

Hendak tak hendak, kita kena akui Pakatan agak terjejas sedikit dari segi pandangan rakyat terutama golongan bawahan. Manakan tidak, setelah rakyat memberikan sokongan padu kepada barisan Pakatan, tiba-tiba wakil2 rakyat Pakatan yang keluar atau dipecat inilah yang membongkar bahawasanya negeri-negeri yang di pimpin ketika ini "gagal" di tadbir dengan sempurna.

Sebagai seorang rakyat yang begitu mencintai Islam dan negara kita ini, biarlah saya berikan sedikit pandangan. Saya tahu, pandangan saya ini tidaklah hebat dan akan dibaca oleh ramai orang apatah lagi pimpinan negara mahupun pimpinan Pakatan Rakyat. Kita telah berulangkali terkena dengan wakil rakyat yang berpaling tadah. Bukan isu baru. Semenjak dahulu lagi. Isu Ibrahim Ali yang suka melompat parti. Beliau dilihat suka membodek pemimpin yang kuat. Ingat satu ketika dahulu, sewaktu Mahathir hebat dikecam di atas pentadbirannya sehingga terdapat majoriti pemimpin UMNO yang berkomplot menyarankan agar beliau mengundur diri, Ibrahim Ali telah menjadi peserta nombor satu menyokong Tun Mahathir. Walaupun Ibrahim Ali tahu Mahathir banyak melakukan kerosakan di sebalik tabir, namun Ibrahim ali begitu bersemangat membela Tun. Kini setelah beliau ditendang UMNO dan PAS memberikannya peluang bertanding atas tiket PAS, sekali lagi Ibrahim Ali bertindak mengkritik PAS. Seumpama PAS ini begitu buruk di pandangan masyarakat. Dia sudah menjadi pembelot PAS dan pembelot hak rakyat yang mengundinya.

Ini bukan cerita baru. Ini cerita basi. Kita lihat bagaimana Zulkifli Nordin yang dipecat dari PKR. Mengapa sekarang baru timbul ketidakpuasan hati? Mengapa isu kalimah Allah pula yang dibangkit? Jika benar mahu memperjuangkan Islam kenapa tidak memilih parti PAS yang memperjuangkan dasar Islam? Mengapa masuk PKR yang bukannya parti yang menetapkan Islam sebagai dasar? Masuklah PAS dan bekerjasamalah dengan Pakatan. Mengapa mengungkit ada pemimpin PAS yang memaki hamun? Caci mencaci? tidak dinafikan ada pemimpin PAS yang sering terucap bahasa yang keras. Namun adakah bahasa itu untuk tujuan hiburan dan suka-suka, ataupun mereka mengucapkannya kerana mereka membenci tindakan dan dasar barat yang dibawa lawan mereka? Adakah beliau tidak sedar, UMNO sudah lama mencaci Allah melalui kata-kata mereka berkenaan syariat Allah swt?

Isu Kalimah Allah yang dicanang-canangkan, bukan isu baru. Memang gerakan Kristian sudah lama mencari jalan meluaskan pengaruh mereka. Selama inipun beribu-ribu sudahpun murtad. Kerana apa? Ianya bukanlah kerana kalimah Allah yang mereka gunakan tetapi kerana sistem perundangan kita yang begitu rapuh dan orang ramai boleh murtad sesuka hati pada bila-bila masa. Kerana itulah PAS ingin mengubah dasar negara ini. Kerana itulah dasar demokrasi ketika ini perlu dihapuskan. Kita perlu menggantikan dasar Islam. sesiapa yang murtad jika enggan bertaubat maka hukumnya pancung. Jika kita mempunyai sistem ini maka insyaAllah tidak ada lagi yang murtad, ajaran2 sesat akan berkubur dan selesailah segala masalah sosial yang begitu rumit ditangani ketika ini seperti zina, anak luar nikah, rompakan, pecah rumah, masalah gay, masalah pen kid dan banyak lagi.

Kemana arah kalian yang melompat parti ini? Jika kalian merasakan UMNO dan BN itu labih baik dari Pakatan, maka sesungguhnya kalian umpama orang buta yang tidak kenal akan seekor gajah. Masih teraba-raba dalam mencari apakah keadilan itu di sisi Islam. Orang yang menyertai UMNO samada baru pertama kali atau berkali-kali, sesungguhnya hatinya buta. Begitu juga yang ingin menubuhkan parti baru. Sedangkan Islam menyarankan kita berjuang di bawah satu payung. Selagi dasar PAS tidak berubah, kesilapan pimpinan yang ada perlu kita tegur dengan cara berhemah. Teguran perlu berlandaskan prinsip Islam. Bukannya dengan kritikan yang akan menyebabkan perpecahan dalam kelompak perjuangan Islam itu sendiri. Jika rasa diri hebat untuk memperjuangkan kalimah Allah, lebih baik jika berjuang dalam skop yang lebih luas. Mengapa isu kalimah itu yang hendak di perjuangkan secara besar-besaran sedangkan isu yang lebih luas seperti undang2 Allah ditinggalkan? Akibat dari tindakan yang menganggap diri sudah bijak dan tiada sifat Wala' dalam meneruti kepimpinan Ulamak yang ada ini maka mereka-mereka ini akan menjadi seperti orang-orang yang lupa dimanakah mereka berdiri. Sedang mereka-mereka ini menunjukkan kebijaksanaan kepada rakyat, pimpinan UMNO dan BN sedang bertepuk tangan mengenangkan bagaimana mereka ingin mengekalkan kekuasaan dan mengagih-agihkan harta rakyat kepada kroni-kroni mereka. Gunakan iman dan akal. Ingat, bukan populariti yang dicari tetapi perhatian Allah itu yang utama. Bila mati kelak, ke golongan manakah kita akan dihumban.


TAKBIRR!!

Sumber: http://sentuhanrakyat.blogspot.com/

 
Load Counter