Masih tak sedar diri

Sebenarnya aku malas nak bersoreh tentang isu royalti minyak Kelantan, sebab dah banyak orang dan pihak yang memperkatakannya. Tapi.... setelah membaca apa yang orang tulis, aku cuma rasa terkilan dan geram jer pada UMNO/BN.

Minyak yang dianugerahkan Allah SWT kepada Kelantan adalah milik rakyat Kelantan. So... since kita mengamalkan sistem demokrasi, maka... melalui pilhan raya, rakyat Kelantan telah memilih siapa atau pihak mana yang mereka suka untuk mewakili mereka mentadbir negeri.

Alhamdulillah..... rakyat Kelantan telah memilih PAS/Pakatan Rakyat untuk menerajui kerajaan negeri dan mengurus tadbirnya bagi pihak mereka. Jadi.... mengapa pulak UMNO/BN mahu menidakkan hak rakyat Kelantan ke atas anugerah Allah SWT kepada mereka. Minyak itu milik Allah SWT, bukan milik UMNO/BN. Allah SWT boleh wujudkan minyak di mana saja Dia suka.... tetapi Dia pilih Kelantan.

Mengapa pulak UMNO/BN pandai-pandai berlagak seolah-olah minyak yang dijumpai di Kelantan milik mereka 100%. Kita bukankah sudah ada perjanjian tentang hal minyak ini. Negeri juga ada hak iaitu dalam bentuk royalti. Mengapa jika kerajaan itu diperintah oleh UMNO/BN... mereka dapat royalti tetapi bagi negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat, royalti bertukar menjadi wang ehsan. Hotak korang!!

Pulak tu.... wang ehsan tak dapat ke kerajaan negeri, sebaliknya akan disalurkan kepada satu JK yang ditubuhkan oleh kerajaan pusat. Banyak cantik. Ooooohh..... supaya senang mereka nak songlap duit tersebut melalui pelbagai projek tak masuk akal bagi mengenyangkan kroni-kroni mereka. Buat projek itu dan ini atas nama kerajaan BN. Lepas tu runtuh sana runtuh sini. Cara ini namanya tak demokratik. Itu menipu namanya. Rakyat Kelantan tak pilih JK untuk urus tadbir hak mereka. Mereka pilih PAS. Ooooii.... sedar diri lah sikit!!

Ituler.... UMNO/BN ni, tak boleh dipercayai.... kaki manipulasi.... kaki putar alam!! Para pemimpin UMNO/BN yang dok ada.... sejak dari zaman Che Det perintah, sampai ler ke menteenya hari ini.... semuanya tidak boleh dipercayai. Tidak amanah dalam menjalankan tanggunjawab mereka. Mereka bukan pemimpin rakyat..... jauh sekali pejuang rakyat tetapi perasan diri mereka juara rakyat. Piiiiirrraaahhhhh!!

Yang buat aku bertambah-tambah getek, ialah para pemimin UMNO Kelantan. Semuanya bacul. tarak guna satu duit pun.Semuanya pengkhianat kepada rakyat Kelantan. Semuanya penjilat Najib Razak!! Jilatan yang akan memberi ganjaran kepada mereka. Ciiss..... bedebah sungguh mereka ini

Namun.... ada juga insan bergelar pemimpin yang boleh kita beri gelaran JUARA RAKYAT kerana dia all out memperjuangkan hak rakyat Kelantan ke atas minyak anugerah Allah SWT kepada negeri mereka.

Siapa mereka??


Mereka ialah para pemimpin PAS dan Tengku Razaleigh Hamzah. Pemimpin UMNO tetapi berjiwa rakyat. Yang berhak tetap berhak. Itu prinsip dia. Walau pun dia UMNO, tetapi when it comes to hak rakyat Kelantan, dia sanggup menentang pendirian kerajaan pusat iaitu UMNO/BN. Sanggup mengambil tindakan bertentangan arus, walau pun menghadapi risiko dipecat daripada UMNO. Pecat? Pecat ler.... so what?

Dan semalam.... aku terbaca komen rakan baik kepada Tengku Razaleigh Hamzah iaitu Tun Musa Hitam. tak ingat pulak di mana. Pendirian dia.... senada dan seirama dengan Tengku Razaleigh Hamzah. Kelantan berhak mendapat ROYALTI MINYAK seperti yang termaktub dalam perjanjian!! Whatever it is... be it, royalti minyak atau wang ehsan... ia MESTI DISERAHKAN KEPADA KERAJAAN NEGERI UNTUK DIURUSKAN.

Inilah dia pendirian orang yang sedar diri....celik mata, minda terbuka dan tiada hasad dalam hatinya. Bukan macam para pemimpin UMNO/BN.... busuk hati dan tak sedar-sedar diri!!

Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com/

 
Load Counter