PAS Kawasan Gerik mengucapkan Selamat hari raya Aidil Adha kepada semua umat Islam seluruh dunia dan Malaysia.Moga Allah merahmati dan menerima ibadat korban kalian semua.
Kepada mereka yang sedang mengerjakan haji akan memperolehi Haji Mabrur.
PAS Kawasan Gerik mengucapkan Selamat hari raya Aidil Adha kepada semua umat Islam seluruh dunia dan Malaysia.
Setelah hampir dua minggu Tok Guru Nik Aziz dikritik dan dihina ekoran kemelut PMBK, namun akhirnya episod ini tamat dengan perletakan jawatan Ariffahmi sebagai CEO badan tersebut.
Alhamdulillah.... dengan tamatnya episod ini, maka redalah masalah yang terpaksa dihadapi oleh PAS, khususnya di Kelantan. Harapan kita PAS akan tetap kukuh di bawah Tok Guru Nik Aziz
Sehubungan itu, sekalung tahniah diucapkan kepada Tok Guru Nik Aziz kerana akur dengan permintaan pimpinan tertinggi PAS dan begitu juga kepada Ariffahmi kerana akur dengan permintaan Tok Guru supaya meletak jawatan. Inilah tanda orang yang ada integriti dan maruah diri. Mereka bertindak bukan atas kepentingan diri tetapi kerana kepentingan parti dan jemaahnya. Pengorbanan ini patut kita hargai.
Walau pun Ariffahmi telah meletakkan jawatannya sebagai CEO PMBK, namun kita mengalu-alukan tindakan SPRM yang ingin terus menyiasatnya atas tuduhan kononnya berlaku rasuah dan penyelewengan serta salah guna kuasa dalam PMBK. Dipersilakan dengan segala hormatnya. Siasat jangan tak siasat...
Bab-bab rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa ni, kita tak boleh kompromi. Sekiranya betul ada berlaku, sila ambil tindakan dan dakwa. Jika bersalah tetap bersalah tetapi jangan pulak aniaya dan fitnah. Buruk padahnya...
Syabas Tok Guru.... integriti tetap tinggi dan kredibilti masih utuh.
Yang aku pelik.... mengapa ada pihak yang sibuk-sibuk nak suruh Tok Guru namakan penggantinya dan bagi tau plan peralihan kuasanya. Mengapa perlu desak-desak dia?? Macam nak suruh dia cepat berhenti jer... PAS dapat bertahan selama 20 tahun di Kelantan pun kerana orang percaya pada Tok Guru. Kalau orang lain ler.... entah-entah Kelantan dah dapat semula kepada UBN.
Orang-orang ni... mungkin tak sedar yang kekuatan PAS Kelantan terletak pada individu yang bernama Nik Aziz. Malah, PAS satu Malaysia pun kuat dan diterima ramai oleh Melayu dan bukan-Melayu kerana ketokohan Nik Aziz. Setakat ini... tak nampak lagi ketokohan mana-mana pimpinan PAS, yang ada pengaruh dan aura untuk menarik sokongan rakyat kepada PAS seperti Nik Aziz. Kalau ada yang perasan tu.... hentikanlah!!
Begitulah sinonimnya Nik Aziz dengan PAS. So... kepada pimpinan PAS Kelantan dan juga PAS Pusat, relax ler... Don't put pressure on Tok Guru. Dia tahu apa yang dia akan buat when the time comes.
No... don't push him, ok?? When the right time comes, we'll know....
Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com/
Baca Seterusnya...
KUALA LUMPUR, Nov 24 — Panel tiga hakim mula bersidang untuk mendengar serentak rayuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerusi Kota Siputeh Datuk Abu Hasan Sarif yang kerusinya diisytiharkan kosong.
Panel hakim terdiri daripada Datuk Sulong Mat Jeraie, Datuk Kang Hwee Gee dan Datul Abdul Aziz Abd. Rahim.
Pagi tadi, Mahkamah Rayuan memutuskan untuk mendengar rayuan Abu Hasan dari Barisan Nasional (BN) yang minggu lalu diisytiharkan sebagai bukan lagi wakil rakyat Kota Siputeh pada pukul 2.30 petang ini.
Pada masa yang sama, wakil dari Jabatan Peguam Negara Datuk Kamaludin Md. Said yang bertindak bagi pihak SPR mengesahkan Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan mereka berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan agar diadakan pilihan raya kecil.
Dalam pada itu, pasukan peguam yang mewakili Speaker Kedah ketika dihubungi melahirkan rasa terkejut dengan perkembangan tersebut.
Peguam Edmund Bon yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, perkembangan tersebut itu menyamai situasi ketika kes krisis Perak awal tahun ini.
“Pasukan yang sama, sifat kes yang sama,” kata Bon sambil menambah beliau terpaksa membatalkan segala temu janji sepanjang hari ini untuk bergegas ke Putrajaya.
Sumber: themalaysianinsider
Baca Seterusnya...
Mahkamah Tinggi kata... No tangguh-tangguh, buat pilihan raya untuk DUN Kota Seputeh.
SPR pulak kata....wait, wait, wait... belum lagi. Kami nak merayu pulak pada Mahkamah Rayuan.
Uisy... dah agak dah!! SPR mesti rayu punyer. Kalau tak merayu, kena tarik telinga dengan UMNO. Telinga kena tarik.... gelang yang dicucuk pada hidung kena tarik. Mana boleh tahan... lama-lama rabit telinga dan hidung demer.
Apa hal ler SPR dan UMNO takut benor nak menghadapi pilihan raya. Tiap kali ada PRK, demer terketor-ketor, kecut telor. Persepsi orang mudah jer..... tak confident dengan sokongan rakyat kepada demer. So, apabila tak der confidence.... maka self-esteen pun low ler. Itu yang timbul rasa KECUT..... TAKUT.... NGERI.... SENGAL. Pelbagai perasaan menghantui mereka.
Sekarang ini pun, imej SPR teruk lunyai... SPR pun udah jadi lanun. Sebijik macam perangai lanun yang merampas hak demokratik rakyat Perak. Lanun yang itu, tuan demer. Ater... kalor dah tuan lanun, demer pun lanun sama ler.
Di Perak, SPR telah bertindak merampas hak Speaker DUN Perak, apabila dia pulak pandai-pandai kata tidak berlaku kekosongan pada dua DUN yang diwakili oleh dua ekor katak petualang. Najib rampas hak rakyat Perak dan SPR rampas kuasa Speaker. Itu namanya lanun darat keparat!!!
Apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan memihak kepada Speaker DUN Kedah, ini menampakkan kecelaruan sistem kehakiman kita. Sistem kehakiman di Malaysia mengamalkan double standard. Kuasa Speaker DUN di Kedah diiktiraf tetapi mengapa kuasa Speaker DUN Perak tidak diiktiraf??
Apa yang berlaku di Perak, telah menampakkan kecelaruan sistem kehakiman kita. Nampak sangat yang ia telah diperkuda dan diperkosa oleh UMNO/BN. In fact, bukan Sistem Kehakiman saja tetapi SPR, PDRM dan SPRM, juga menjadi kuda tunggangan kepada UMNO/BN.
UMNO/BN ialah MAHALANUN yang bernafsu buas kerana memperkosa Sistem Kehakiman, SPR, SPRM dan PDRM dalam satu masa. Itu sebab rakyat Malaysia kena 'kasi'kan UMNO/BN, bior demer tak boleh berfungsi lagi. Bior demer 'kiok' terkulai layu!!
Berbalik kepada keputusan SPR/UMNO nak buat rayuan di Mahkamah Rayuan, baik tak payah. Bukan ke Mukhriz dah setuju nak menawarkan diri dia sebagai calon di situ?? Kasi chance ler pada dia. Bukan ke dia, anak bekas Perdana Menteri Malaysia yang berasal dari negeri Kedah?? May be, komer stand a good chance of winning. Siapa tau kan???
Well... kita tunggu jer. Wait and see apa akan terjadi. Tungguuuu.......
Sumber gambar: Malaysiakini.com
Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com/
Baca Seterusnya...
Mahkamah Tinggi dah bersuara.... SPR mesti adakan pilihan raya bagi DUN Kota Seputeh di Kedah. Berita lanjut di sini.
So... jangan banyak songgeh dan banyak soal lagi. Do what you are suppose to do!!! Cepat... cepat... jangan lambat. Eeeeii.... susah betul kalau udah kena cucuk hidung ni...
Eleh.... usah buang masa untuk rayu-rayu lagi. Apa yang komer takut benor nak berdepan dengan rakyat di DUN Kota Seputeh tu. Takut kalah, ya??? Atau... kantung kerajaan dan UBN dah kekeringan??
Weh... dulu masa menang di Bagan Pinang, bukan main riak lagi. UMNO/BN mendabik dada mendakwa yang mereka sudah mula diterima semula oleh rakyat. Baru ler nampak ceria sikit muka Piem Satu Malaysia, begitu juga ler TPMnya. Kalau tidak... monyok macam cekodok basi. Eleh.... baru menang sekali dah nak heboh. Orang tak heran pun...
Sekarang apa macam??? Gelanggang akan dibuka pulak di DUN Kota Seputeh. Mari kita bertarung lagi sebagai anak jantan. Satu lawan Satu. Ada berani??
Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com/
Baca Seterusnya...
Dari persepsi rakyat, tiga tokoh dalam Pakatan Rakyat, kini telah menjadi ikon sebagai pemimpin rakyat yang disenangi oleh rakyat, tak kira... Melayu, Cina dan India serta lain bangsa. Mereka ialah.... Tok Guru Nik Aziz, Nizar Jamaluddin dan Anwar Ibrahim.
Tok Guru Nik Aziz sebagai tokoh ulama telah berjaya menunjukkan satu contoh teladan yang cukup cantik selaras dengan ajaran Islam. Penampilan beliau.... cara hidup beliau.... tutur kata beliau... tindak tanduk beliau.... amalan beliau.... prinsip perjuangan beliau.... semuanya mencerminkan bertapa indah dan cantiknya Islam itu. MasyaAllah... bangganya aku mempunyai pemimpin serupa ini. Inilah yang memikat dan memukau hati rakyat daripada semua kaum.
Nizar Jamaluddin pulak.... mula dikenali ramai selepas PRU 12, apabila menjadi MB kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak, Darul Haru Biru. Seorang yang rasional dalam tindakannya..... prihatin, berani dan tidak pernah putus asa dalam mempertahankan hak rakyat Perak... mempunyai semangat juang yang amat dikagumi..... seorang yang 'down to earth' dan mesra dengan rakyat serta jujur dan bertanggung jawab.
Aku kagum dengan apa yang pernah diucapkannya dalam satu forum di Hotel Excelsior. Kata dia.... Biarlah orang nak kata saya boneka DAP. I don't give a damn because I know what I am doing. Apa yang dia buat adalah demi kebaikan rakyat.... regardless mereka itu Melayu, Cina mau pun India. Begitulah lebih kurang bunyi kata dan maksud dia. Hooraay!!! Allahuakbar.... inilah dia pemimpin rakyat sejati.
Anwar Ibrahim pulak seorang insan yang gifted dengan aura sebagai seorang pemimpin. Dia mempunyai karisma.... dia mempunyai kebolehan berpidato yang boleh memukau sesiapa saja yang mendengarnya.... dia mampu menimbulkan gelombang perubahan dengan aura dan karisma nya itu.... dia ada kebolehan untuk influence orang.... dia ada pengalaman mentadbir.... dia berketrampilan sebagai seorang pemimpin.... dihormati dan diterima dalam dan luar negara.
Kalau dia tak terror..... kalau dia tak berpengaruh..... kalau dia nobody.... takkan UMNO/BN takut hingga mengeletor lutut.... mengeletor telor. Weh..... UMNO ada telor ke?? Konspirasi sana... konspirasi sini.... dulu frame..... sekarang pun nak frame lagi.... Apa makna semua itu???
Kacang jer.... TAAAAAKUUUUUTTTT!!!
Malangnya... dalam DAP, aku tak nampak lagi, seorang pun tokoh mereka yang boleh dilihat sebagai pemimpin rakyat yang disokong oleh semua kaum. Tak menonjol lagi. Mungkin yang terserlah sikit ialah Guan Eng kot. Itu pun aku rasa not so sangat.... Harap-harap akan muncul seorang ikon dalam kalangan DAP pulak. Baru ler caaaanntiiiikkkkkkk!!!
Suka atau tak suka.... mengaku atau malu nak mengaku...UMNO terpaksa menerima hakikat yang mereka menggeruni ketiga-tiga tokoh ini. Ketiga-tiga tokoh ini boleh menjadi sumber power kepada kekuatan Pakatan Rakyat bagi meraih sokongan rakyat pelbagai kaum.
Sebab itu, UMNO cuba sedaya upaya untuk mencacatkan reputasi mereka dengan merebut apa-apa peluang yang ada untuk dimanipulasi dan disensasikan. Strategi mereka senang..... cacatkan reputasi untuk hilangkan kredibilti. Tujuannya supaya orang keji dan benci.... dengan harapan, mereka yang akan untung nanti. Poooorrraaaahhh!!
Weh.... jangan bermimpi di siang hari ler. Takkan menjadi punyer strategi komer. Sebabnya... rakyat kenal siapa mereka dan siapa komer yang sebenarnya. Ha ha ha... syaitan yang bertopengkan manusia!!
Mampuih UMNO!!!
Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com/
Baca Seterusnya...
Selepas kuliah subuh di surau pagi tadi, saya menerima panggilan telefon dan SMS bertalu-talu mengenai kedudukan Dato' Husam Musa yang dilaporkan hendak meletak jawatan di Kelantan
Secara spontan saya menolak dakwaan tersebut. Dalam SMS Dato' Husam kepada saya pagi tadi pun, beliau hanya meminta semua bertenang. Beliau ternyata sangat OK.
Saya cuma mengagak ianya barangkali isu ini, ada kaitan dengan pertembungan antara Syed Azidi dengan Ariffahmi yang sedang hangat ketika ini.
Barangkali wujud kemungkinan ada pihak yang mahu menangguk di air yang keruh untuk menjatuhkan Husam, kerana Syed Azidi @ Sheih @ bloger Kickdefella adalah rakan rapat beliau.
Saya juga dianggap rapat dengan Husam, sama dengan Sheih. Kami banyak berurusan bersama-sama, khususnya dalam bidang media, untuk membantu PAS dan Kerajaan PAS Kelantan dalam isu-isu yang tertentu.
Bagaimanapun urusan kami dijalankan secara profesional, tiada kaitan dengan urusan peribadi. Dalam hal ini saya juga respect dengan Sheih kerana sentiasa bersikap profesional dan menjaga hubungannya dengan Husam. Sheih yang saya kenali, walaupun dilabel 'budak Husam', sama sekali tidak pernah mengaitkan Husam dalam masalahnya dengan Arif.
Saya mengenali Husam dan Sheih agak rapat. Stail mereka pun saya faham sangat. Jika ada yang menuduh Husam dibelakang Sheih dalam perbalahannya dengan Arif, ianya adalah suatu kesilapan dan kebodohan.
Bagaimanapun laporan Harakahdaily hari ini, menjawab segala kemusykilan.
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan desas desus bahawa Exco Kelantan, Datuk Husam Musa mahu melepaskan semua jawatan dalam parti dan juga kerajaan seperti dilapor media Umno BN semalam.
Bercakap pada sidang media di pejabatnya pagi ini, Nik Aziz memberitahu, Husam juga tidak pernah menghantar surat meletak jawatan sepeti yang didakwa.
Media kerajaan semalam melaporkan Nik Aziz memberikan cuti selama lima hari bermula hari ini kepada Husam yang juga exco kanan kerajaan negeri untuk berehat dan menenangkan fikiran kerana didakwa mahu meletakkan jawatan.
Menurut Nik Aziz, Husam diberi cuti rehat ekoran beliau perlu menjalani pembedahan tulang belakang selepas ditangguhkan sejak dua bulan lalu.
Husam ujarnya ada bertemu dengan beliau di pejabatnya minggu lalu untuk memberitahu bahawa doktor menasihatkan beliau masuk hospital dan berehat selama lima hari kerana masaalah tulang belakangnya.
“Itu lah sebenarnya tak lebih tak kurang. Masalah nak undur langsung tak timbul, baik dalam kepala dia, baik dalam kepala saya.
“Saya baru terbaca sebuah surat khabar hari ini, saya rasa amat terkejut di atas laporan sebuah akhbar hari ini muka depan, tajuk dia Husam letak jawatan, walaupun ada tanda soal,”ujarnya.
Nik Aziz berkata, tiada sebab Husam mahu melepaskan semua jawatannya termasuk sebagai anggota exco kerajaan negeri yang menjaga portfolio perancangan ekonomi dan kewangan.
“Kalau benar sekalipun Husam memohon untuk melepaskan jawatannya, saya tetap tidak akan mengizinkannya, kerana kebijaksanaan dia telah berjaya menyelesaikan pelbagai masaalah rakyat sama ada di peringkat negeri mahupun politik Malaysia,”ujarnya.
“Husam ni saya nak sebut, Allah Taala buat dia bukan sahaja untuk Kelantan, tetapi untuk Malaysia, budaknya cerdik, pengalamannya banyak, dan pemikirannya jauh ke depan.
“Dan sekarang ni rakyat Kelantan banyak menerima buah fikiran yang baik dari Husam termasuk dengan mengambil tanah Felcra, termasuk mengadakan kifalah yang banyak sehingga dapat dimanafaatkan oleh wasi…OKU dan ramai lagi yang terima banyak manfaat hasil pemikiran Husam.
Sebelum ni, tambahnya beliau tidak pernah menyebut perkara itu, (keistimewaan Husam) sebab takut perasaan anggota exco lain berkecil hati, lagipun exco lain mempunyai portfolio masing-masing.
Tetapi, sambungnya portfolio kewangan yang dipegang oleh Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri banyak memberi manfaat kepada Kelantan dan rakyatnya.
“Tiba-tiba orang kita suka buat cerita (Husam letak jawatan) letak muka depan ni akan mengguriskan hati orang sakit.
"Sudahlah dia sakit, macam ni boleh menambahkan kerisauan dia, rungsing,”ujarnya lagi.
Perkara itu katanya tidak seharusnya berlaku apa lagi sekarang umat Islam berada dalam bulan haji, iaitu bulan Zulhijjah.
Sambungnya, sebagai umat Islam setiap orang dikehendaki membuat kebajikan, puasa sunat, sembahyang sunat, menderma kerana bulan ni bulan Allah Taala di mana bulan ini Allah telah menurunkan malaikat dari langit ke bumi untuk memimpin manusia menuju ke syurga.
“Tetapi dukacitanya wartawan kita masih suka mengkrobek hal peribadi orang, termasuk menuduh orang-orang tertentu dengan sesuatu yang mengejutkan.
“Wartawan kita suka mencari benda panas walaupun perkara tu tak betul tetapi panas, dia fikir untuk melariskan jualan akhbar dia, dia tak fikir ianya boleh melukakan hati orang lain, fikiran orang tergugat, dia tak kira. Ini suatu perkara yang dukacita dalam masyarakat wartawan kita.
Pada masa yang sama beliau turut mempersoalkan kenapa wartawan Melayu bersifat sedemikian yang lebih mementingkan sensasi dari kebenaran sehinggakan pada masa yang sama beliau mempersoalkan wartawan berkenaan tidak mendapat kursus atau bagaimana.
“Adakah wartawan ni hanya pandai ambil kalam… kertas dan tulis tulis… tiada kursus ke wartawan ni…apa ni lagu ni, malu kita pada wartawan cina, wartawan cina lebih pandai pada wartawan kita,”sambungnya lagi.
Datuk Husam Musa ketika dihubungi Harakahdaily bagaimanapun hanya menasihatkan semua agar tidak bimbang dengan perkembangan terbaru itu.
"Harap semua jangan bimbang, baca posting saya dalam (blog) cetusan hati," katanya melalui khidmat pesanan ringkas, SMS.
Sumber: http://mohdrashidi.blogspot.com/
Baca Seterusnya...
© 2009 Hakcipta terpelihara oleh PAS Kawasan Gerik | Hubungi Blogger
|
|