Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.....

Esok.... 25 Ogos ialah hari membuang undi bagi PRK N11 Permatang Pasir. Nampaknya UMNO sudah semakin terdesak kerana diasak bertalu-talu oleh pelbagai isu terutamanya perihal peribadi calon mereka si Rohaizat. Malangnya, UMNO tidak dapat melakukan apa-apa untuk menangkis serangan daripada PAS/Pakatan Rakyat. Apa pun alasan yang mereka beri untuk membela calon mereka, ditolak oleh rakyat Permatang Pasir. Siapa yang percaya pada mereka bodohlah!!!

Lantaran terdesak yang amat sangat.... maka UMNO terpaksa menggunakan cara keji dan memaksa individu-individu tertentu bermain aci-cop ala chipsmore. Yesterday you saw them, today you don't but the next day you will see them again but with a different version of their story. Ini ler dia giler babinya UMNO. Ini siapa punya kerja?? Is it the Great Magician of One Malaysia??

Caranya dan plotnya sama saja.... Individu tertentu buat pendedahan gempar.... individu hilang..... individu muncul kembali tapi kali cerita yang didedahkan akan bertukar skrip.

Yalah.... dalam keadaan terdesak, apa pun mereka sanggup lakukan. Pendedahan gempar Yusri tentang Rohaizat telah bertukar skrip sebaik saja dia muncul dari 'hilang'nya. Sekarang, bapa kepada Rafizah, isteri simpanan Rohaizat pula dikatakan hilang setelah memberi kata dua kepada Rohaizat supaya membuat pengakuan tentang isteri simpanannya itu. Dateline untuk Rohaizat buat pengakuan ialah malam ini....

Alih-alih.... hari ini, Pak Ali bapa Rafizah diberitakan telah dilarikan orang. Baca sini. Apa tujuan mereka berbuat demikian?? Apakah ada kaitan dengan dateline yang diberikan kepada Rohaizat??

Apa-apa pun.... kita kena tunggu dan lihat, apakah apabila Pak Ali muncul kembali, cerita dia juga akan bertukar skrip seperti Yusri, rakan kongsi si Rohaizat??

Apa yang UMNO buat ini sebenarnya menampakkan lagi kesahihan cerita yang dibongkar tentang Rohaizat. Biasanya cerita yang telah diubah skripnya tidak akan dipercayai orang. Cerita sensasi yang mula-mula meletup akan lebih mendapat perhatian para pengundi di Permatang Pasir. Rasanya.... UMNO hanya buang masa dan mungkin membazir duit saja, sebab apa pun kenyataan 'turn-over' yang bakal kita dengar nanti adalah sia-sia dan tak membawa apa-apa makna. Imej Rohaizat sudah lunyai dan tak boleh diperbaiki lagi. Orang sudah tahu... siapa Rohaizat, calon UMNO di Permatang Pasir yang sebenarnya.

Kepada para pengundi N11 Permatang Pasir.... apa yang bakal anda dengar nanti, masukkan ikut telinga kanan dan keluarkan saja ikut telinga kiri..... habis cerita!!!

Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com/

 
Load Counter