Skrip dan Pengarah yang sama...Kini melakukan "Pengambaran" di Kedah.

Apabila gua terdengar tentang Radzi Salleh pengkianat DUN Lunas keluar dari PKR,sikit pun gua tak terhairan atau terpempan.Sebab sebelum ni pun gua terdengar cerita-cerita tentang YB Lunas ni yang bermasalah.Ini lah Kalau perjuangan bukan berpaksi kepada Aqidah Islam maka akan wujudlah politik "Kapal Selam" sekejap Timbul dan sekejap Tenggelam.

Umpama Pokok doroyan yang lebat berbunga dimusim deroyan,hebatnya dan cantiknya bunga-bunga tersebut sehinggakan kita terpaksa mendongakkan kepala untuk melihat kehebatan dan kecantikannya.Tetapi..apabila angin yang kencang bertiup,maka akan gugurlah bunga-bunga yang tiada jati diri dan kualiti ketanah dan menjadi bahan pijak-pijakkan manusia.Hanya yang tinggal bunga-bunga yang dapat bertahan daripada segala ujian berupa angin yang kencang dan hujan yang lebat,bunga inilah yang menjadi buah doyoran yang berkualiti dan mempunyai nilai harga yang cukup tinggi disisi tuannya.

Anuar Ibrahim telah menyatakan bahawa " Beliau (Radhzi) ini banyak mendatangkan masalah kepada Pentadbiran Kedah Amnya dan PKR Khasnya. masalah dari segi moral,pengurusan kewangan dan disiplin dalam parti."Sebelum ini, Anuar telah berjumpa MB Kedah dan menceritakan perihal YB Lunas ini,Ustaz Azizan juga pernah memberikan teguran dan memberikan peluang untuk beliau memperbaiki segala kepincangan diri.Sehinggalah Umno mengambil kesempatan dengan menggunakankan teknik yang sama dilakukan kepada 2 pengkianat di Perak tempoh hari iaitu ugut dan rasuah dengan menggunakan jentera SPRM.

Menurut Anuar lagi,memang sebelum ini SPRM menyiasat YB Radhi kerana ada bukti-bukti tentang penyelewengan peruntukan kerajaan,tetapi apabila beliau keluar dari PKR maka SPRM mengistiharkan beliau tiada bukti dalam kes tersebut.Samalah macam kes Rasuah sex Osman and Jamal,Bila dah melompat Pagar,Maka diam macam tu aje..kalau tidak,sebelum ni bergegar satu Malaysia tentang mereka.

Sebelum menjadi YB Lunas ni pun Radhi telah disyaki megSonglapKan wang POS Malaysia semasa beliau bekerja di UUM dan kes beliau masih belum selesai lagi.Yang peliknya mengapa Umno asyik cari bekas Posmen saja,dulu Jamaluddin juga bekas posmen?

Kawan gua pun ada seorang Posmen Sdr Hidir,pernah berkawan dengan YB Jamaluddin tapi perangai dia taklah macam YB Jamalluddin.Sahabat ana ni masa YB Jamaluddin jadi YB pernah pergi jumpa Haji Nizar untuk ceritakan tingkah-laku dan tidak Wala'nya beliau kepada kerajaan negeri,tapi tiada tindakan diambil..menyebabkan Buaya (Umno) dapat menghidu bau busuk bangkai bernyawa YB Jamal ini.

Skrip yang sama dan Pengarah yang sama kini melakukan Penggambaran Filem "Musnahkan PR" di Kedah pula. Jadi,Sempena Ramadhan ini...Apapun yang berlaku kepada PR kita sama-sama berserah kepada Allah,sesungguhnya "Tapisan" Allah lebih hebat dan lebih sempurna dan ingatlah..sesuatu yang kita suka,belum tentu baik bagi kita dan sesuatu yang tidak kita suka kadang-kadang lebih baik bagi kita.Teruskan perjuangan dan kukuhkan kesefahaman.


Bai: From Sendiri Mau Ingat

Sumber: http://sendiri-mau-ingatlah.blogspot.com/

 
Load Counter