Permatang Pasir anak emas UBN??

Setiap kali pilihanraya diadakan terutamanya pilihanraya kecil..... pelbagai bentuk janji manis ditaburkan kepada para pengundi di kawasan yang terbabit. Janji-janji pembangunan usah cakap ler.... kadang-kadang makan ratus-ratus ribu nilainya. Ada yang segera, ada yang tak segera.


Sekarang UBN ada pesyen baru pulak untuk memancing undi. Istilah anak emas dijadikan umpan agar para pengundi tergoda dan memagut umpan mereka. Taktik ni bermula semasa pilihan raya Manek Urai. Kononnya, Manek Urai akan dijadikan kawasan anak emas UBN yang akan ditatang bagai minyak yang penuh. Mereka akan jaga dan bawa segala macam pembangunan ke Manek Urai jika UBN berjaya menguasai kerusi DUN tersebut. Malangnya...UBN kalah tapi berjaya mengurangkan majoriti undi PAS. Jadi setelah kalah.... apa jadi pada status anak emas Manek Urai??? Manek Urai terkantoi dengan janji-janji manis UBN!!!


Oleh sebab, mungkin mereka beranggapan taktik meng'anakemas'kan kawasan PRK boleh mendatangkan advantage kepada mereka, maka strategi ini diulang pakai sekali lagi oleh UBN di Permatang Pasir. Permatang Pasir diisytiharkan dan dijadikan kawasan anak emas UBN. Jadi anak emas sebelum PRK.... selepas PRK..... atau selamanya?? Jangan jadi macam Manek Urai sudah..... Selepas terburai di ManekUrai, UBN pun angkat kaki dengan pantas. Anak emas tak kedengaran lagi..... tutup ceriter!!!


Sebenarnya,UBN dah tak ada modal lain untuk menambat hati para pengundi Permatang Pasir. Balik-balik janji pembangunan.... dan kini nak jadikan Permatang Pasir anak emas UBN. Nak harapkan kekuatan calon mereka..... eerrrmmm... banyak sangat kontroversi, banyak sangat scandal..... Entah-entah para pemimpin UMNO pun terkantoi dengan Rohaizat!!! Nampak sangat UBN sudah tidak ada calon berkualiti yang boleh mereka ketengahkan. Calon mereka..... no class.... low quality.... no integriti.... zero accountabilty.... and full of shit!!!


So.... para pengundi Permatang Pasir, tolak jer Rohaizat, calon UMNO ni ke tepi. Satu sen hangpa tak akan rugi dan confirm hangpa tak akan menyesal nanti.


Pilihlah calon yang lebih berwibawa dan yang boleh dipercayai.... yang takkan makan padi yang sepatut dipagarinya. Pilihlah pagar yang ada harga diri dan tahu peranan sebenarnya sebagai YB. Bukan yang hanya nak kaut kekayaan buat diri sendiri. Siapa lagi.... tak lain dan tak bukan calon PAS.... Ustaz Salleh Man!!!!


Hidup PAS!!! Hidup Pakatan Rakyat!!!

Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com/

 
Load Counter