Tanda-tanda nak ghuyup

Mak aaiihh.... sejak hari penamaan calon pada 6 April sampai ler ke hari ini, tak sampai pun seminggu lagi, Pakatan Rakyat telah berjaya membuat rakyat Sarawak di sana sini, jatuh cinta dengan mereka. Hebat.... hebat.... Hebat Pakatan Rakyat!! Got ummpphhh!!


Nampak gayanya, angin perubahan sudah mula dirasai tiupannya. Malah... semakin hari, ia semakin kuat bertiup. Kencang beb!! Ini satu petanda baik buat Pakatan Rakyat. Ceramah-ceramah Pakatan dikunjungi berduyun-duyun rakyat Sarawak yang ingin mendengar penjelasan secara live daripada para pemimpin Pakatan Rakyat tentang isu-isu sensasi yang dibawa oleh BN dan juga pendedahan tentang kepincangan pemerintahan BN di Sarawak, khususnya isu-isu panas yang sedang menyelubungi taiko mereka iaitu Taib Mubarak al-Sarawak.

Fuulaamakk.....!!! Sambutan memang di luar jangkaan. Baik ceramah umum, mau pun ceramah berkelompak.... sambutannya WOW sekali!! Bak pisang goreng panas, berkerumun orang datang untuk mendengarnya. Ekoran daripada pendedahan serta penjelasan-penjelasan tentang isu-isu yang dibangkitkan dalam ceramah-ceramah tersebut.... kebangkitan rakyat Sarawak untuk melakukan perubahan mulai dirasai. Ayuh rakyat Sarawak, bangun dan selamatkan Sarawak!!

Kebangkitan ini bertambah kuat dirasai apabila Pakatan Rakyat mewar-warkan Baru Bian sebagai Ketua Menteri Sarawak, sekiranya Sarawak dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Melotop beb!! Ceeehhhh...... Baru Bian Ketua Menteri Sarawak. Tuuu diaaaa...!! Mana tak senoroknya rakyat Sarawak, terutama yang berbangsa Iban. Itu merupakan satu pengiktirafan dan penghormatan kepada mereka.

BN on the other hand, gelisah bak cacing kepanasan, berhadapan dengan kebangkitan rakyat Sarawak yang memang tidak diduga oleh mereka. Isu pembangunan yang dibawa oleh mereka sudah tidak laku. Isu basi. Balik-balik... pembangunan. Membangunnya idak juga!! Rakyat Sarawak muak dan tak percaya dah... Pembangunan hapa ke bendanya, kalau masih ada rakyat yang tak pernah nampak dan experience menggunakan air yang keluar daripada paip. Elektrik pulak?? Dalam mimpi pun, mereka tak pernah experience memetik suis lampu!! Aaaa.... nak tanya sikit?? Berapa lama dah BN memerintah Sarawak???

Goyah.... Goyah..... BN sudah mula goyah. Tak boleh jadi.... Tak boleh jadi.... Kalau senario ini berterusan.... ghuyup BN di Sarawak. Kalau BN ghuyup di Sarawak.... bermakna UMporNO dan BN di Semenanjung pun can say bye.. bye... to Putrajaya.

Lantas.... Najib telah mengubah semua schedulenya dan decide untuk berkampung dan berkukus di Sarawak bagi mengetuai kempen BN yang tempohnya hanya tinggal lebih kurang 6 hari saja lagi. Kita tengok.... apa dia akan buat dalam tempoh tersebut.

Well... semua orang tertanya-tanya, apakah akan berlaku tusnami politik di bumi kenyalang yang akan menghanyut dan menenggelamkan legasi 'firaun jadian' bernama Taib Mubarak al-Sarawak. InsyaAllah... Sama-samlah kita doakan, amin.

[Sumber: sini, sini dan sini]

Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com/

 
Load Counter