Aiseh....tsunami tak sampai di Sarawak?? Kata sesetengah orang.... yang sampai ke Sarawak cuma badai atau ombak yang kesan kehancurannya tidak menyeluruh. Walau pun tak menyeluruh, tapi, alhamdulillah...terkesan jugaklah!!
Namun demikain, pastinya Barisan Nasional berasa lega. Fuuhhh...!!! Lega... Dapat ler lagi mereka terus merompak hasil bumi Sarawak dan dapat ler UMporNO bernyawa sikit di Semenanjung. Al-maklum ler, talian hayat masih boleh berfungsi untuk menguatkan dengupan jantung mereka yang dah tinggal nyawa-nyawa ikan.
Well... tahniah ler! Tetapi, Barisan Nasional, jangan suka sangat. Walaupun Pakatan Rakyat gagal membentuk kerajaan di sana tetapi sebenarnya mereka sudah mencapai satu kejayaan yang cukup baik kerana berjaya bertapak dengan lebih kukuh lagi di sana dari sebelumnya. Dan tapak-tapak itu, insyaAllah akan bertambah dengan lebih banyak pada masa akan datang. Kesedaran rakyat terhadap kepincangan pentadbiran Taib dan BN sudah semakin tinggi. Awas gerak langkah mu ooo... ooo...!!
Oleh sebab itu, Pakatan Rakyat mesti terus bekerja kuat bagi mengukuhkan kepercayaan rakyat terhadap mereka. Pengaruh.... jangan di'jumud'kan tetapi mesti diperluaskan semoga tsunami yang tak jadi berkunjung kali ini, akan sudi berkunjung pada pemilihan wakil ke Parlimen nanti, insyaAllah
Tahniah kepada calon-calon yang telah beroleh kemenangan dan kepada mereka yang gagal... cuba lagi lain kali. Kalah kali ini, tidak bererti akan kalah selama-lamanya. Mungkin lain kali, ada rezeki, insyaAllah...
Dan.... kepada semua petugas dan para sukarelawan yang telah bertungkus lumus bekerja untuk mendapatkan kemenangan bagi Pakatan Rakyat.... terima kasih bebanyak dan selamat kembali ke kampung halaman masing-masing.
Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com/
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
|