Mampukah Pakatan Rakyat Menawan kembali Perak? (1)

Setiap kali aku keluar dari Perak dan berjumpa member-member dari luar Perak, masing-masing bertanya soalan diatas. Tetapi kebanyakan dari mereka mahukan jawapan yang menyedapkan telinga. Bila aku jawab secara ikhlas, depa marah. Jadi..aku ambil keputusan untuk menulis apa yang aku fikir betul.

Pertama sekali, aku tanya balik. Nak tawan dari siapa? Kebanyakannya menjawab…dari Umno/BN.

Pada fikiran aku, Umno/BN bukan ‘musuh’ kita. Kita tak perlu lawan Umno/BN kerana mereka bukan lawan kita. Kalau kita mahu berlawan dengan Umno/BN, kita menghabiskan masa, wang dan tenaga. Kuasa untuk memerintah Perak bukan ditangan Umno. Tetapi ditangan rakyat. Yang perlu di’tawan’ ialah rakyat, bukan Umno/BN.

Umno/BN adalah parti yang sudah hampir ke penghujungnya. Huruf ‘N’ pada teori ‘RAHMAN’ sudah lengkap. Najib adalah PM terakhir dari Umno.

Umno memerlukan talian hayat untuk terus hidup. Itu sebabnya Najib merayu untuk berbaik dengan Pas kerana dia tahu, hanya Pas yang mampu memberikan talian hayat kepadanya. Sejarah telah membuktikan.

Apabila Tengku Razaleigh tersingkir dari Umno, Pas menghulurkan bantuan. Bila Ibrahim Ali tersingkir, Pas menghulurkan tangan. Bila Anwar tersingkir, Pas memberikan bantuan. Bagaimana kalau Najib tersingkir? Itu sebabnya, mengapa Najib perlu membeli insuran Pas.

Aku belum mahu bercakap tentang kedudukan UBN di peringkat nasional. Aku lebih suka menilai sejauh mana kekuatan UBN di Perak. Jom kita tengok sama-sama.


Info diatas adalah keputusan pilihanraya ke 12 bagi DUN di Perak. aku cuba bahagi-bahagikan kawasan-kawasan selamat bagi UBN dan Pakatan Rakyat di Perak. dan dibawah pula ialah kawasan-kawasan selamat untuk Pakatan Rakyat.


(kiraan majoriti: BN-PR)

Kriteria yang aku gunakan untuk menilai ‘kawasan selamat adalah mengikut jumlah majoriti yang diperolehi tidak kurang dari 2000 undi. Kita tengok secara makro dulu…jangan tengok kepada perkara-perkara kecil.

Berdasarkan keputusan yang lalu, UBN mempunyai 12 kerusi selamat manakala PR mempunyai 14 kerusi selamat. Ini bermakna, terdapat 33 kerusi lagi tidak selamat bagi kedua-dua pihak. (Kriteria tak selamat ialah DUN yang mendapat majoriti kurang dari 2000 undi. ) Aku katakan tak selamat kerana mana-mana pihak hanya memerlukan pertambahan maksima 1000 undi untuk menang. Ada setengah tempat, undi yang diperlukan untuk menang tidak sampai 10 undi.


Bahagian atas adalah kerusi tak selamat untuk UBN manakala bahagian bawah adalah kerusi tak selamat untuk PR. Terdapat 16 kerusi tak selamat untuk UBN dan 13 kerusi tak selamat untuk PR. Siapakah yang akan menentukan siapa yang selamat dan siapa yang tak selamat dalam pilihanraya nanti?

UBN tidak akan mampu bertahan kerana parti tersebut sudah ditolak olah rakyat. Tetapi siapakah pula yang akan mempertahankan Pakatan Rakyat? Masing-masing mengharapkan sokongan dan bantuan dari pihak ketiga. Ahli-ahli UBN masih belum cukup untuk memenangkan UBN. Ahli-Ahli parti dalam Pakatan juga tidak cukup untuk memenangkan Pakatan Rakyat. Yang akan menentukan kemenangan BN atau PR ialah rakyat. Bukan ahli parti.

Kuatkah Umno? Tidak.

Umno mendabik dada mengatakan bahawa orang-orang Melayu dibelakang mereka. Mereka mengaitkan kemenangan mereka dengan undi Melayu. Tetapi , meminjam kata-kata Mukhriz, hanya 40% betul. Manakala 60% lagi bohong.

Dari 12 kerusi selamat Umno, hanya 5 kerusi sahaja yang boleh dikira selamat kerana sokongan orang Melayu. Malah kalau ditolak Belanja dan Bota, hanya tinggal 3 kerusi yang di sokong oleh orang Melayu. Aku cuba menolak Bota dan Belanja kerana kemenangan atau kekalahan BN atau PR ditempat tersebut bukan kerana sentimen orang Melayu, tetapi kerana masalah kepimpinan. Tahun 99, PKR menang di Bota. Pas menang di Belanja dan Parlimen Parit. BA (pada masa tersebut) menang di Parit kerana masalah kepimpinan Umno.

Tahun 2004, BN menang balik disemua kawasan tersebut apabila masalah kepimpinan mereka diselesaikan, manakala BA menghadapi masalah apabila Pas dan PKR Parit asyik bercakaran. Tahun 2008, BN dapat mengekalkan kemenangan, walaupun berlaku tsunami diseluruh negara kerana PAS dan PKR masih menunjukkan siapa lebih handal. Selagi Pakatan Rakyat Parit tak boleh bekerjasama, mampuih pi la kat hangpa. Ooopss! melalut pulak aku.

Dari 12 kerusi selamat UBN, tujuh daripadanya di’selamatkan’ oleh undi pos dan undi Orang Asal….bukan undi Melayu. Malah dua lagi kerusi UMNO hanya terselamat kerana undi pos dan orang asal iaitu Kamunting dan Sungai Rapat.

Mengetuai ADUN Pos ialah Zambry Kadir. Di ikuti oleh Hjh. Rusnah bagi Hulu Kinta. Tempat ketiga dan keempat juga mengharapkan undi Pos dan Orang Asal, termasuklah bekas Menteri Besar…Tajol Rosli.

EXCO Kanan UBN dalam kerajaan haram Perak juga hanya hidup dengan bantuan undi pos!!

Ini masalah UBN di Perak kerana mereka yang memegang jawatan-jawatan penting dalam kerajaan negeri bukan dikalangan mereka yang menang dengan undi Melayu…sebaliknya menang dengan undi pos dan Orang Asal!! Orang Melayu sendiri sudah menolak Umno.

Pakatan Rakyat pula masih belum boleh mendabik dada mengatakan mereka diterima oleh rakyat. 70% daripada mereka yang mengundi Pakatan Rakyat dalam PRU yang lalu adalah mereka yang bukan ahli parti…dengan lain perkataan…Pengundi Atas Pagar. Bila-bila masa mereka boleh berubah.

Selepas ‘kemenangan’ pada Mac 2008, ramai pemimpin Pas mengatakan bahawa ini adalah kemenagan Pas. rakyat sudah menerima perjuangan Pas. Ada juga pemimpin PKR mengatakan bahawa rakyat sudah menerima kepimpinan PKR. Boleh belah la.

Majoriti rakyat mengundi PR kerana bencikan Umno dan Barisan Nasional. Dan mereka memberikan kepercayaan dan harapan kepada Pas, PKR dan DAP.Kemenangan pada PRU 2008 adalah kemenagan rakyat, bukan kemenangan Pakatan Rakyat. Malah Pakatan Rakyat pun belum wujud pada masa itu.

Dalam PRU akan datang, Siapakah yang boleh diharapkan untuk meneruskan perjuangan untuk mengembalikan hak rakyat Perak?

Rakyat tidak akan lagi menaruh kepercayaan penuh kepada parti. UBN sudah tentu tidak boleh diharapkan. Nak harapkan PKR, takut ada lagi calonnya yang melompat bila dah menang. Nak harapkan Pas, takut bersekongkol pula dengan Umno dengan alasan perpaduan. Malah Mustafa Ali sendiri bagi tau, Pas akan terus bersama Pakatan sehingga PRU 13. Lepas PRU 13? Siapa lagi nak diharapkan?

PRU 13 akan menjadi medan terbuka. Siapa yang berjaya ‘menawan’ rakyat akan menang. Rakyat akan memilih “pemimpin rakyat’. Bukan ‘pemimpin parti”. Dan yang lebih menarik…kemenangan bukan ditentukan oleh siapa yang berjaya menawan ‘musuh’…tetapi siapa yang berjaya ‘menawan’ penyokong.

UBN sudah hampir berputus asa. Itu sebabnya mereka menggunakan segala yang ada termasuk SPR, SPRM, dan polis untuk kekal berkuasa kerana mereka tahu bahawa rakyat akan menamatkan riwayat mereka di Perak.

Pakatan Rakyat pula bagaimana? Masih dengan ceramah dan mengedar risalah?

Sumber: http://ureka.asia/

 
Load Counter