Bersatu Kita Bersatu

UMNO Selangor sekarang ni sedang menyanyikan lagu 'Bersatu Kita Bersatu' dengan begitu kuat sekali. Mereka sekarang.... sedang berpadu suara menghentam Khalid Ibrahim. Peluru mereka..... ialah isu pasir.

Penyanyi utama choir UMNO Selangor ini ialah Noh Omar.... yang perasan nak jadi MB Selangor, sekiranya mereka berjaya merampas negeri Pasir Berdengung itu. Dia mendakwa terdapat penyelewengan dan pilih kasih dalam penjualan pasir kepada kontraktor. Kononnya.... dia ada bukti. Well.... in that case, serahkan semuanya kepada SPRM. Biar mereka siasat....

Bertubi-tubi serangan dilancarkan. Mereka guna babi.... tak lut!! Mereka guna kereta.... tak lut!! Mereka guna lembu.... pun tak lut!! Hah.... sekarang mereka serang dengan pasir pulak. Tak mananya akan lut. Sure tak lut punya!!

Berani kerana benar... Kalau tak salah, apa nak ditakutkan. Sebab itu.... kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor dengan rela hati mempersilakan SPRM untuk menyisasat. Siasat jangan tak siasat. SPRM kena siasat sampai ke akar umbi agar Noh Omar puas hati.

Gali punya gali..... takut nanti, tergali pulak taik para pepimpin UMNO Selangor. Entah-entah.... taik Noh Omar pun ada sekali. Hah..... padan muka!!

Itu cerita negeri Pasir Berdengung ... UMNO bersatu untuk melutu Khalib Ibrahim. Baca sini.
Di negeri Perak Darul Kartun pulak.... lagu Bersatu Kita Bersatu dinyanyikan secara solo oleh bangsa Melayu tersohor se-Tanah Melayu, iaitu Harus al-Sana Sini. Fuulaamakk.... punya ler feel dia punya nyanyian sehingga jelas terzahir perasaan ghairahnya untuk bersama PAS.

Yang bestnya... lagu Bersatu Kita Bersatu nyanyian Harus al-Sana Sini.... dimulakan dengan nyayian suara latar daripada penyanyi latar yang tak asing lagi, Muhysin al-Sembab. Lepas tu.... baru Harus al-Sana Sini masuuukkkk!! Gempaq. Tengok dia punya tariiiikkkk, masyaAllah. Tapi malang... pitching lari!! Apa lagi.... kena booooooo ler!!

Kesian penyanyi tua ni.... teringin sangat nakkan Melayu UMNO dan Melayu PAS bersatu demi survival bangsa Melayu. Tak habis-habis dengan Melayunya. Nampak gayanya, penyanyi tua ni... walau pun Tok Peti, Melayunya lebih dominan daripada Islamnya. Pandai pulak dakwa-dakwi itu ini.... kononnya dia dilantik menjadi orang tengah untuk menyatukan UMNO-PAS.

UMNO-PAS bersatu...??? Mak eeeh... simpang malaikat 44 !!

Apa-apa pun.... itu satu dakwaan yang kontroversi. Betulkah ada perbincangan?? Dengan siapa dia berbincang?? Ikan bilis PAS atau pimpinan tertinggi PAS?? Siapa yang melantik dia??

PAS kata..... itu semua dusta dan satu pembohongan. PINTU untuk BERSATU sudah TERTUTUP!! FULL STOP!!

Ha... ha... ha... apakah anda pasti?? Benar-benar pasti, yang ia sudah tertutup??

Harap-harap begitulah hendaknya....

Bersatu kita bersatu.... BERSATU MENOLAK UMNO!!

Baca di sini, sini dan sini.

Sumber artikel: http://motherof3mohd.blogspot.com/

 
Load Counter