Pihak pembangkang mendakwa kantung Felda semakin 'kurus'.... eleh dah hampir bangkrap. Kantung Felda dikatakan semakin ringan sejak Felda berada di bawah Najib. Sejak itu.... keadaan Felda semakin gering dan kurus kering.
Itu dakwaan Pembangkang. Mereka kata mereka ada bukti. Husam Musa pulak kata dia akan dedahkan sedikit demi sedikit. Fulaamaakk... suspens giler!! Baca sini dan sini
Pihak kerajaan pula menafikannya. Mereka pula dakwa pembangkang sengaja buat fitnah dan sengaja mengada-adakan cerita. Semua itu tak betul. Beriya-iya mereka menyangkal dakwaan pembangkang. Ada pihak yang kononnya Felda settlers telah mengadakan demonstrasi di Pejabat Suara Keadilan yang memaparkan berita tersebut. Felda pulak demand pemohonan maaf dan ganti rugi sebanyak RM200 juta daripada Suara Keadilan atau berdepan dengan saman di mahkamah. Ooooo.... ngerinya!!! Baca sini dan sini.
Najib kata... itu satu pembohongan dan merupakan satu penghinaan kepada para peneroka Felda dan orang Melayu.
Aha... bab ni aku nak jawab sikit. Pembangkang dedah bukan untuk tujuan menghina. Itu bukan satu penghinaan tetapi keprihatinan terhadap nasib dan masa depan para peneroka Felda. Felda ditubuhkan untuk membantu masyarakat luar bandar yang terdiri kebanyaknnya dari bangsa Melayu. Ya... Melayu luar bandar yang miskin. Itu juga satu amanah yang mesti dipegang oleh kerajaan khususnya para pemimpin kerajaaan daripada UMNO.
Tapi.... apabila ada dakwaan yang mengatakan Felda sudah nak bangkrap, sepatutnya kita patut berasa gusar. Sebab..... yang buat dakwaan bukan sebarang orang tetapi oleh seorang bekas Timbalan Menteri kerajaan BN iaitu Tan Kee Kwong. Diikuti dengan pendedahan yang disupport dengan bukti.
Najib sepatutnya tak boleh terus tolak ke tepi dakwaan tersebut dan kata ia satu pembohongan. Sepatutnya sebagai PM yang bertanggung jawab, Najib patut kata....
"Jom kita siasat dan buktikan yang semua dakwaan tersebut adalah satu pembohongan dan fitnah. Hasil siasatan, saya akan dedahkan kepada rakyat untuk membuktikan apa yang pembangkang kata adalah fitnah dan bohong belaka."
Aha... sepatutnya, Najib kata begitu. Siasatan pulak..... mestilah telus dan melibatkan penyertaan daripada pihak kerajaan dan juga pihak pembangkang. Baruler rakyat puas hati.
Ini tidak....... Apabila pembangkang kata, Felda akan bangkrap, terus dia kata.... itu satu pembohongan. Isy... inikah sikap seorang PM yang ada integriti dan kredibiliti?? Jawapannya persis PM kelas tadika yang sedang bercakap di Mini Parlimen!!
Weh.... be professional ler sikit. Sanggahlah sebarang dakwaan dengan bukti, bukan dengan air liur. Barulah rakyat boleh respek....
Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com/
Browse » Laman Utama
Felda Bangkrap: Penghinaan dan pembohongan??
PAS Gerik, Sunday, July 4, 2010
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
|