Uisy.. tak boleh jadi macam ni. Lepas sorang.... sorang buat hal. Tak boleh jadi. Tak boleh jadi. Benih katak dah mula membiak dalam DAP pulak. Katak haprak... ibarat kacang lupakan kulit. Dah diberi peluang jadi calon dan kemudiannya berjaya pulak jadi ADUN selepas menang dengan sokongan para penyokong DAP/PR.... tup-tup melompat pulak jadi katak!! Betraying the party and the people dengan menjadi BN-friendly. Kureng asam punyer katak!!
Mula-mula... katak Jelapang and then, Malim Nawar pulak. No... no... no.... this has to stop!! Semasa masih dalam party.... kutuk BN giler-giler tetapi... apabila dah jadi katak, parti jadi tak berguna dan BN pula dipuja-puja. Cis... plastik sungguh! Pelbagai alasan diberi dan kesemuanya memberi gambaran buruk terhadap parti dan kepimpinannya. Baik katak DAP, mau pun katak PKR.... 2X5 jer!!
Setelah mendengar penjelasan dari kedua-dua belah pihak.... parti dan tuan badan yang terlibat, punca utama mereka menjadi katak ialah duit. Duitlah punca mengapa mereka sanggup menjadi pelacur politik. Baca ini dan ini.
Aku dah kata... politikus jenis ni, tak kuat 'iman' untuk resist godaan terutama godaan wang ringgit. Lebih-lebih lagi, jika mereka berada dalam keadaan tersepit dari segi kewangan. Ini jenis yang tak tahan diuji dan takut menanggung risiko. Ini namanya politikus taik kucing!! Politikus jenis ini... pandai mencari alasan untuk menutup kelemahan diri.
Oleh sebab, mereka sudah mengkhianati parti dan terutama sekali rakyat yang mengundi mereka, maka adalah wajar parti menyaman mereka kerana mereka telah tidak berpegang pada amanah dan janji. Saman yop, jangan tak saman!!
Tapi kan... nak saman, kena saman di mahkamah 1Malaysia. Boleh caya ke?? Kalau DAP kalah dalam saman mereka nanti... tau-tau jer lah kan? Tapi, jika mereka menang.... komer rasa siapa yang akan bayarkan saman tersebut? Sang katak bayar sendiri menggunakan hasil lompatan atau ia dibayar oleh penaja mereka?? Dengornya, bukan sikit duit.... 5 juta babe!! Wa tarak tipu punya.... Baca sini.
Since PRU 13 pun dah tak berapa nak lama lagi... ini ada sedikit nasihat kepada sesiapa yang berhasrat nak jadi calon. Be honest with yourself... Jika rasa diri kurang berkemampuan untuk memberi khidmat yang tip-top kepada para pengundi dari semua aspek, lebih baiklah fikir banyak kali sebelum membuat keputusan untuk bertanding. Lebih-lebih lagi.... jika menang tetapi jadi pembangkang.
Jangan ada niat nak bertanding untuk menjadi kaya. Jangan pasang angan-angan untuk menang dan menjadi pemerintah. Kamu mesti bersedia dari segi fizikal dan mental.... jasmani dan rohani untuk menjadi pembangkang dan bersedia menerima realiti politik di Malaysia. Jangan nanti apabila dah menang dan jadi pembangkang.... merungut, mengeluh, meratap, mengharap dan cuba menyalahkan parti 100%.. Tidak dapat dinafikan... parti ada kelemahan sendiri tetapi muhasabah diri itu penting.
Tepuk dada, ketuk kepala.... tanya rasa dan guna akai. Kalau boleh istiqamah dengan perjuangan dan sanggup tahan menerima cabaran serta dugaan.... go ahead. Tapi.... kalau ada rasa cuak, forget it!!
Parti pun demikian juga. Nak pilih calon kalau... kajilah dulu latar belakang calon tersebut, terutama dari segi moral, sahsiah dan kewangan mereka. Inilah antara faktor utama yang selalu menimbulkan masalah kepada calon dan juga parti.
Bukan apa... kita tak mahu dalam PRU13 nanti, pisang berbuah dua kali. Oleh sebab sekarang ni, kita sudah terantuk... biarlah kita beringat. Jadikanlah episod katak melompat ini satu pengajaran untuk kita jadikan sempadan. Once bitten, twicw shy...
Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com/
Browse » Laman Utama
ADUN lali... saman mali
PAS Gerik, Wednesday, June 16, 2010
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
|