Siapa juara, siapa barua??

Ekoran tuduhan yang dilemparkan kepada ketua Menteri Pulau Pinang yang kononnya dia meminggirkan kepentingan Melayu Pulau Pinang..... satu debat terbuka telah dicadangkan oleh Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang (SPPRPP).

Pemuda UMNO Pulau Pinang telah menuduh Pemuda Pakatan Rakyat sebagai kuda tunggangan LGE selaku Ketua Menteri PP. Di sebelah pihak lagi, apa pulak ya?? Mungkinkah lembu yang dicucuk hidung, yang menjadi tunggangan UMNO/BN??

Tak per... tak per.... tuduh menuduh itu lumrah, adat orang yang tak sehaluan. No big deal. Tapi... pokok persoalannya yang lebih serius ialah samada benar LGE, selaku KM Pulau Pinang meminggirkan kepentingan kaum Melayu di sana. Itu satu tuduhan maut!! Kalau tak benar mesti ditepis habis-habisan. Itu satu tuduhan yang berat dan pihak yang membuat tuduhan tersebut mesti bertanggung jawab atas pertuduhan yang dilemparkan. Berani tuduh, berani buktikan..... itu sifat orang yang ada maruah. Bukan berdolak dalik.... dengan pelbagai alasan.

Satu pihak membuat tuduahan manakala di satu pihak pulak menafikannya. Rakyat jadi keliru. Rakyat ingin tahu kedudukan sebenarnya. To be fair... adakan satu debat terbuka, so as to clear the air. Rasanya cadangan serta langkah yang dambil oleh Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang adalah satu langkah pro-aktif yang amat dialu-alukan bagi memberi gambaran yang jelas agar rakyat tidak terus keliru dan dapat membuat pertimbangan yang wajar.

Jemputan rasmi telah pun dihulurkan. Jika pihak yang membuat tuduhan serius dengan tuduhan yang dilemparkan... ayuh, sahut cabaran tersebut!! Berdolak-dalik bukan jawapannya. Jadi anak jantan dan moh.... jom bertarung di gelanggang yang telah disediakan. Masuk gelanggang dan bertarung secara anak jantan. Jangan dolak dalik lagi!! Jika inilah sikap yang ditunjukkan, nampak sangat anda hanya main politik kotor. Penakut dan pengecut!!

Debat ini merupakan platform untuk kita dapatkan kebenaran. Kebenaran melalui hujah lawan hujah daripada kedua-dua belah pihak. Adilkan.... kan.... kan... kan??

Dengar cerita gelanggang untuk debat sudah disediakan dan DEBAT PERDANA 2010 tetap akan berlangsung pada 7 Mac 2010 ini, dengan tajuk... “Isu Melayu-Islam Pulau Pinang : Antara Provokasi & Kebenaran”

Malah.... jemputan pun telah dipanjangkan kepada orang besar-besar UMNO di peringkat pusat dan negeri, termasuklah Piem 1Malaysia. Datang weh.... jangan tak datang!! Kita gempaqkan debat ini!!
Ayuuuhhh... jom kita beramai-ramai ke sana!! Kebenaran akan terserlah.... Kita tengok... siapa juara kepada siapa dan siapa barua kepada siapa!!

Sumber: http://darisungaiderhaka.blogspot.com/

Sumber artikel: http://motherof3mohd.blogspot.com/

 
Load Counter