Dongeng Perak Darul Kartun

Pecah tembelang mufti temberang. Ahmad Awang memberi respon balas kepada kenyataan Mufti Perak berkaitan peristiwa untuk menubuhkan kerajaan negeri Perak setelah tersungkurnya UMNO/BN di negeri Perak Darul Kartun di tangan Pakatan Rakyat pada PRU12 yang lalu. Nak tau apa ceritanya, baca kat sini.

Rupanya Harusanni pun jadi haru biru, akibat kejatuhan UMNO/BN. Eleh... kononnya demi kuasa Melayu-Islam, dia sanggup jadi barua UMNO, ke hulu dan ke hilir meraih simpati agar kuasa Mealyu-Islam ditegakkan di bumi Perak Darul Kartun.

Apabila misinya gagal, dia mula bersengkongkol dengan puak-puak tak bermaruah ini dengan mengeluarkan pelbagai kenyataan yang berpihak kepada UMNO/BN sehingga menjejaskan reputasinya sebagai orang agama... aha sebagai mufti!!

Perak Darul Ridzuan aman sejahtera di bawah pentadbiran PR sehinggalah ia dirampas oleh lanun. Haru sini haru sana negeri Perak Darul Kartun. Dan.... mufti yang dulunya haru sini sana, baru boleh kembali senyum sampai ke telinga.... tanda restunya akan rampasan kuasa yang tak bermaruah itu. La... mufti restu perbuatan paling keji dan tak bermaruah?? Mufti apa kebendanya tu weh oi!!!

Now... dengan megahnya dia bercerita.... menggunakan teknik flashback, apa yang berlaku semasa PR menang dan UMNO/BN tersungkur. Rasanya untuk men'justify'kan apa yang dia telah buat dulu itu.... betul dan wajar. Sekali lagi... nak menengakkan benang basahnya. Tetapi... kata Ahmad Awang, dia temberang. Ada unsur tokok tambah. Dalam pembelajaran sejarah, unsur tokok tambah ini, tak boleh dianggap sebagai fakta. Itu elemen dalam cerita dongeng.

So... rasanya apa yang di'story'kan oleh mufti temberang ini, cerita dongeng semata-mata. Lantaran itu.... usah komer percaya ler!! Tambahan pulak banyak unsur-unsur bias dalam cerita dan tindak tanduknya selama ini. Unsur-unsur bias ini ialah elemen penting untuk menegakkan 'benang yang basah' dalam sesuatu peristiwa sejarah. Jangan telan bulat-bulat. Kena pakai akai untuk tapis-tapis apa yang dia story. Kalau telan bulat-bulat maknanya komer bangang.

Ha... ha.. ha.. ha... Mufti sudah jadi story teller atau Tok Dalang sebuah cerita dongeng tentang bumi Perak Darul Kartun. Kita sudah dengar respond dan komen daripada Ahmad Awang, bila pulak agaknya kita nak dengar komen daripada Tok Guru Nik Aziz, Tok Guru Hj Hadi dan Haron Din. Sebab.... nama-nama ini disebut dalam cerita dongeng yang disampaikan oleh Tok Dalang si mufti kita.

Mufti?? Aha... mufti akhir zaman kot. Sebabnya, dia ada ciri-ciri golongan agama, akhir zaman. Na'uzubillah.... na'uzubillah....

Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com/

 
Load Counter