Syukurlah Ada Tuduhan Liwat II

Oleh ramziredang

"Sekian lama rakyat Malaysia telah ditanam dengan fahaman, hanya BN yang boleh memerintah. Jika tidak BN memerintah maka Malaysia akan huru hara, itulah yang cuba diselitkemas ke dalam lubuk sanubari rakyat. Kerana sebab itulah bila tiba hampir pilihanraya akan ada peristiwa besar, sebagai contohnya isu ajaran sesat seperti penangkapan ahli Al Arqam, pemusnahan perkampungan Ayah Pin dan juga isu isu seperti seolah olah Malaysia sedang bergolak dengan Singapura yang cuba dimainkan oleh Mahathir dulu. Isu isu ini cuba ditimbulkan supaya rakyat menjadi resah, bimbang dan rasa tidak tenteram. Lalu BN cuba muncul sebagai penyelamat. Cuba tuan tuan perhatikan balik, bila tibanya pilihanraya pasti ada isu besar dan bila selesainya pilihanraya atau pertukaran PM, pasti ada saham amanah yang baru, pasti ada kutip derma seperti tabung jantung hatiku.

Puluhan tahun PAS cuba muncul di pentas utama sebagai pembangkang tetapi ianya hanya di pandang sebelah mata. Untuk mengubah persepsi masyarakat sangatlah sukar. Rakyat telah lama digulagulakan oleh BN. Tetapi ternyata Mahathir telah menolong PAS dengan langkah sumbangnya sendiri. Tuduhan liwat terhadap Anwar bukan sahaja mengubah persepsi rakyat terhadap PAS, malah mengubah drastik langskap politik Malaysia.

Ternyata Mahathir bukan sahaja memercu Malaysia ke arah yang lebih dipandang di mata luar, malah sebenarnya adalah titik pemula ke arah Malaysia yang lebih baru.

Mahathir telah membuka mata kepada masyarakat antarabangsa bahawa Malaysia ada pemerintah alternatif yang akan lebih menjamin kestabilan serantau ASEAN malah serantau Asia.

Kini langkah Mahathir cuba disambung oleh Najib. Dengan tuduhan liwat II maka rakyat yang selama ini masih keras kepala akan buka mata terhadap kebejatan BN. Tuduhan tuduhan yang pincang dan tidak terbukti langsung bakal memendekkan hayat BN dipersada politik tanahair.

Belum pernah ada dalam sejarah, mangsa liwat muncul dengan senyuman berseri sambil melambai lambai tangan. Dia menganggap dirinya selebriti. Seolah olah ingin ditafsirkan, dialah pejuang UMNO yang akan menjatuhkan PR. Rakyat pasti nanti akan dapat memerhatikan bagaimana para peguam Anwar akan menelanjangkan kebobrokannya.

BN mencipta sejarah, tuduhan liwat tanpa tusukan dan sejarah inilah juga sebagai titik besar untuk BN menjunam jatuh berkecai. Jika sekarang ada rakan di sekeliling anda, cubalah bertanya rakan anda apakah maksudnya liwat tanpa tusukan?

Kepada hardcore UMNO dan BN, bersiap sedialah dalam diri anda untuk menjadi pembangkang di Malaysia. Tahun 2010 jelas membuktikan BN cuba untuk memperbodohkan rakyat dengan pemikiran lapuk 1945.

Kepada PR, bersiap sedialah menjadi pemerintah yang memakmurkan rakyat, kerana kami rakyat tidak mahu kamu mensia siakan peluang yang datang ini.

Sumber: http://kedahlanie.blogspot.com/

 
Load Counter