Kita Lawan BN secara Jantan.

Mahkamah telah membuat keputusan bahawa Zamry adalah MB Perak, terimalah seadanya, tunjukkan kepada rakyat bahawa yang kita PR akur dengan undang-undang. Walaupun undang-undang itu terasa amat zalim dan perit terhadap kita.

Sekarang PR mesti turun untuk menawan hati rakyat. PR mesti ingat, menjadi kerjaan yang lemah kadangkala lebih baik menjadi pembangkang yang kuat. Oleh itu sekarang PR adalah sebuah pembangkang yang sangat kuat di DUN Perak. PR boleh mengasak mereka habis-habisan di DUN Perak.

Dua tahun lagi kita akan berdepan dengan mereka di PRU 13, kita atur langkah, kita susun strategi, kita lawan secara anak jantan. Buktikan kita tidak seperti BN yang tahu menikam dari belakang. Merampas kerajaan Perak dengan cara yang sangat tidak demokratik.

Ayuh, perjelaskan kepada rakyat kezaliman, kejahatan, kerakusan BN, PR kena mendidik rakyat, pastikan semua rumah sampai semua pesanan dan saranan PR. Ayuh bergerak terus maju. Dua tahun hanya sekejap, PAS Perak mestilah melangkah gagah memimpin Perubahan.

Sumber: http://penawarrinduku.blogspot.com/

 
Load Counter