JUALAN KUPON MAKAN MALAM BERSAMA DATO' SERI HJ. NIZAR SEDANG HANGAT DIJUAL

Cepat-cepat. Kupon Majlis Makan Malam Bersama Dato' Seri Hj. Nizar Jamaluddin sedang hangat dijual. Jangan tunggu pada saat-saat akhir untuk membelinya, nanti anda terlepas. Masih ada lagi seminggu untuk anda mendapat kupon makan malam tersebut. Kupon berharga RM30 sahaja.

Antara objektif program ialah untuk mengumpul dana kebajikan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jong. Dengan adanya dana yang mencukupi maka ADUN Changkat Jong akan dapat melakukan pelbagai aktiviti seperti kebajikan, sosial, sukan, pendidikan, keagamaan dan sebagainya terhadap rakyat di DUN Changkat Jong khususnya dan di kawasan Teluk Intan amnya.

Selama ini, YB Haji Mohd. Anuar Sudin telah berjaya melaksanakan pelbagai aktivti kebajikan di kawasannya dengan melibatkan pelbagai kaum Melayu, India dan Cina. Namun begitu, usaha murni untuk menyejahterakan rakyat agak terhad kerana dana yang kurang mencukupi.

InsyaAllah, dengan terkumpulnya dana yang mencukupi maka usaha kebajikan dan lain-lainnya akan dapat diperhebatkan lagi demi mencapai hasrat DUN CHANGKAT JONG, DUN SEJAHTERA.

Bagaimana hendak mendapatkannya ? Anda boleh mendapatkannya melalui :
1. Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Teluk Intan
2. AJK Dewan Muslimat Kawasan Teluk Intan
3. AJK Dewan Pemuda PAS Teluk Intan
4. AJK Urusan Ulama PAS Kawasan Teluk Intan
5. AJK PAS Cawangan-cawangan

Atau terus hubungi :

1. Sdr. Shamsuddeen, Pengarah Program 013-4390283
2. Puan Hajjah Faridah Rajiah Timbalan Pengarah Program 019-5956602

Sesungguhnya, usaha anda akan dirahmati oleh Allah SWT. Terima kasih atas sokongan yang diberikan.

 
Load Counter