Demo yang tak gempaq langsung... No umph, tak perkasa pun!!!

Perkasa oh Perkasa.... kegagahanmu tak sehebat namamu. Kenapa, ya??


Ha.. ha.. ha...kerana ia hanya satu lagi lembu tunggangan UMNO. Lembu yang dicucuk hidungnya. Ia akan menyodol sesiapa saja yang sentuh isu Melayu, agama Islam dan hal-hal lain yang ada kaitan dengan kepentingan 'boss' yang menaja mereka.


Perkasa yang pondan!! Dari luar cuba nampakkan dirinya hebat.... hakikat sebenarnya, aaaawwww!!!


Ater.... mana ke perkasanya kalau buat demo pun, yang datang 'dua tiga' kerat jer. Ibarat lelaki yang perasan perkasa.... kenyit mata nak ngorat betina tapi yang datang beruk-beruk... Betina pun tak sior ke demer!!


Maka terkinja-kinja ler beruk-beruk dan kera-keradaripada UMNO di depan kedutaan Australia membawa segala sepanduk serta kain rentang bertulis entah apa-apa.... Kononnya nak tunjuk besor kepala dan beri amaran kepada Australia agar jangan campur tangan dalam urusan rumahtangga Malaysia. Respek ler pada sistem kehakiman Malaysia.


Alahai.... perkasa, jangan jadi balaci UMNO. Wake up ler!!! Sistem kehakiman apa ke bendanyer??? Sistem kehakiman di mana hakimnya boleh dijual beli....boleh dicucuk hidung. Sistem kehakiman yang tidak dapat menengakkan keadilan bagi yang bathil. Kebathilan yang begitu terserlah sekali pun... mereka tak terdaya nak perbetulkan bagi menegakkan keadilan.


Weh.... itu maknanya, dunia luar sudah hilang kepercayaan kepada sistem kehakiman kita. Sistem kehakiman kita sudah menjadi lawak jenaka bagi mereka. Malu kita weh... sampai kena tegur dengan orang luar. Orang tegur.... kata orang nak campur tangan.


Sebagai respond kepada gesaan Australia... ada sorang menteri tu pulak kata... sodomi ialah satu kesalahan di Malaysia. Weh.... itu semua orang tahu. Depa yang hat luar pun tahu. Bangang betul.... Yang orang pertikaikan ialah pertuduhan yang tak masuk akai. Medical findings kata no penetration... tapi depa kata... si Sayfool tetap kena liwat. Yang dituduh pulak ketua pembangkang yang digeruni oleh UMNO/BN. Orang luar nampak macam satu konspirasi untuk sekat kemaraan Anwar. Obvious sangat.... para konspirator nak jatuhkan Anwar.


Kira.... ini kes UMNO/BN takut kehilangan kuasa ler. Kalau Anwar jadi PM, habis kes pembunuhan Altantunya akan terbongkar. Itu yang 'orang' tu takut kot. Silap hari bulan, dia ke dalam. Kucut.... kucut.. Satu rombongan gerombolan akan ke penjara untuk menjadi penghuni tetap di sana.


Selepas berdemo depan kedutaan Australia, apakah mereka juga akan berdemo di kedutaan Amerika,Turki dan Qatar pulak??


Betoi ler kata demer.... perkasa berserta UMNO telah menjadi pen'demo' nombor satu negara.


Yahoooo.... seronok tengok beruk-beruk dan kera-kera dijalanan ni. Punyer ler gian nak berarak dijalan.... siap marahkan LGE kerana... kononnya telah membatalkan perarakan maulud.


Yeeehhaahhh..... demo jangan tak demo!!!

Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com/

 
Load Counter