UBN diserang histeria

Histeria??? Aha.... disebabkan terlalu takut, UBN kini diserang histeria. Gelabah tak tentu arah.... resah gelisah dan cepat melatah.

Komer tau mengapa UBN ketakutan?? Sebab.... demer dah mula rasa yang demer semakin dibenci rakyat. Rakyat dah muak dengan kelaku demer yang hanya tahu sapu duit rakyat masa negara moncah tetapi rakyat dibiarkan menderita setelah kantung negara kering. Malahan, kelaku buruk para pemimpin UBN pun semakin terserlah. Hopokrit semuanya!!! Rakyat dah menyampah.... rakyat dah jelak... dan rakyat dah getik. Aha... getik bebenor!! Ya amat... amat getik!!!

Demer dakwa.... demer semakin mendapat sokongan. Sokongan apa??? Sokongan taik kucing!! Daripada keluhan rakyat marhaen... jelas, kalau boleh... demer nak kerajaan yang cuba hidup dengan slogan-slogan retorik ini dikuburkan. Pemimpin retorik.... slogan retorik.... kelaku retorik!! Retorik.. retorik.... retorik...

Nampak gayanya, pegangan dan pautan UBN pada kuasa di negara ini dah semakin longgar. Itu pasai, para pemimpin demer udah ketor lutut dan senak perut. Sebab itu, by hook or by crook, pautan dan pegangan itu mesti diperkukuh semula. Jika tidak.... bye-bye ler kuasa. Ternganga ler demer... putih mata!!!

Apa indikator yang menunjukkan demer kecut perut??

Anwar Ibrahim!!! Demer sebenornya, ya amat takut dengan pengaruh Anwar Ibrahim. Sebab tu demer cuba nak pekena dia dengan tuduhan liwat siri terbaru, walau pun pertuduhannya ibarat kartun lawak jenaka. Tapi... demi takut Anwar rebut kuasa, demer turutkan juga pertuduhan gila tersebut.

Anwar nak berceramah.... demer ganggu gugat.... demer sekat. Itu petanda demer takut dengan pengaruh dan karisme Anwar. Takut ya?? Aha... tau tak per!!

Selain itu... para pemimpin Pakatan Rakyat yang berjiwa rakyat, berkarisme, beraura dan yang disanjung serta menjadi idola rakyat, mereka jadikan sasaran mereka.

Tok Guru Nik Aziz, jadi bahan fitnah dan tohmahan mereka. Nizar Jamaluddin juga cuba di'hitam'kan dengan tuduhan kuda tunggangan DAP. Malah, baru-baru ini, pembantu khas dia ditahan SPRM kerana tuduhan rasuah. Pada hal, apah pun tarak. Para EXCO negeri Selangor jadi sasaran untuk dipekena dengan pelbagai tuduhan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan wang rakyat. Balaci mereka.... SPRM!!! Tetapi setakat ini, satu pun sasaran mereka tersasar... tak mengena!! Terkial-kial demer nak mengenakan kita!!!

Masih ingat apa yang CPO Selangor buat pada Lim Guan Eng berkaitan kenyataannya tentang kematian Teoh Beng Hock?? Ha ha ha.... dia ugut bukan?? Tapi ugutannya tak menjadi, sebab tak ada asas. Saja nak tunjuk kuasa jer dan gertak, malangnya... tak boleh 'makan'. PDRM pun jadi balaci mereka juga!!

Tokoh-tokoh rakyat ini, ancaman kepada kelangsungan politik mereka. Itu yang demer kecut telur tu...

Isu kalimah 'Allah' juga, mereka mainkan.... mereka per'api'kan dengan harapan untuk dapatkan semula sokongan Melayu. Melayu-UMNO terkinja-kinja menari mengikut rentak dan irama yang mereka mainkan tetapi Melayu-waras, buat nohen ajer. Tak der paedahnya ikut demer terkinja-kinja. Buang masa dan tenaga jer!! Bior demer rentung dalam api yang demer nyalakan!!

And then.... ada ler dalang-dalang demer cuba buat kacau dengan me'molotof-koktail'kan gereja-gereja dan sekarang yang ter'now'.... surau dan masjid pulak dilemparkan dengan kepala khinzir. Ermmm..... rasanya tak der kerja orang lain tu. Puak-puak itu juga ler!!! Saja nak timbulkan suasana tak tenteram. Udah ler komer.... jangan terperdaya dengan permainan demer!! Demer sebenarnya cuma nak pekena kita. Pedulikan demer.... Usah dilayan orang gila. Kita teruskan misi kita untuk merentap kuasa demer supaya kita dapat menguasai Putrajaya. Itu visi dan misi yang perlu dan mesti kita realisasikan.

Satu lagi balaci demer ialah SPR. Kononnya.... SPR sedang giat melakukan kerja-kerja memindahkan pengundi ke kawasan yang boleh menguntungkan UBN dan seterusnya membantu UBN untuk menang dan mengekalkan kuasa. Mak oi... ituler kerja demer. Menipu jer!! Tak tipu... tak idup komer. Usah komer nak ek ler....

Sekarang... UBN ada musuh baru tetapi sebenor udah lama. Dulu demer perlekeh tapi now baru demer sedor agaknya. Aha... blog-blog pro-Pakatan Rakyat. Takut demer dengan penangan blog-blog yang menyokong Pakatan Rakyat ni. Ha ha ha... tau takut!!!

Sebagai 'remedy' kepada ketakutan itu, bapak Satu Malaysia, kononnya.. telah mengupah pakar-pakar IT dan hackers dari India untuk mensabotaj blog-blog yang menyokong Pakatan Rakyat agar maklumat serta informasi tentang taik-taik yang mereka buat tidak sampai ke pengetahuan rakyat. Wallahu'alam ler.... tapi posibiliti sahnya tindakan mereka itu amat tinggi. Alahai.... sampai begitu sekali. Yeehaaahh.... histeria gila babi demer!!!

Kalau macam itu... aku setuju sesangat dengan MSK, apabila dia kata, Celcom dan Telekom pun pasti jadi balaci baru mereka. Kalau kita tengok dan perhatikan betoi-betoi.... UMNO/BN hidup hanya bergantung hayat dengan bantuan balaci-balaci dan barua-barua mereka jer. Kalau tak der ler institusi-institusi malaun tu.... dah lama UMNO/BN ghoyup.... mampuuusss!!!

Siapa mereka?? Kita ikut persepsi rakyat, ok?? They are.... PDRM, SPRM, SPR, Badan Kehakiman, pihak tentera, JPN, Celcom, Telekom and so on... Sebenarnya untuk terus hidup, demer akan perguna apa juga institusi awam atau swasta yang dalam cengkaman demer dan yang boleh demer perkudakan. Nak hidup babe.... kalau tidak kojol!!

Institusi-institusi inilah yang akan bertindak memberikan ubat penenang kepada penyakit histeria yang sedang dialami oleh UMNO/BN. UMNO/BN perlukan ubat penenang untuk kelihatan terus segar, kuat dan relevan. Sedangkan pada hakikatnya mereka dah layu, nazak dan dah nak mampoooss!!!

Sebab UMNO/BNlah.... institusi-institusi ini dilihat telah menjadi anasir jahat yang ber'hantu' dan ber'syaitan'. Demi kesejahteraan negara dan rakyat Malaysia, mereka perlu dipulihkan. Caranya mudah.... Berikan Pakatan Rakyat kuasa untuk memerintah Malaysia. InsyaAllah.... dengan kuasa itu, segala kepincangan akan diperbetulkan.

Segala retorik, kerajaan slogan UMNO/BN, sebenarnya.... hanya mendahulukan KOCEK... PERUT dan TEMBOLOK sahaja. That's why, mereka mesti kita hapus dan kuburkan. Hanya KERAJAAN yang PRO-RAKYAT saja yang sincere serta jujur dan ikhlas memperjuang kepentingan rakyatnya.


Oleh itu......


Pilihlah PAKATAN RAKYAT.....


dan....


Kesejahteraan RAKYAT pasti akan di DAHULU dan di UTAMAKAN!!!

Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com/

 
Load Counter