Gerik, 21 Dis: Lebih 1,000 orang penyokong Pakatan rakyat telah hadir beramai-ramai bagi mendengar ceramah umum yang disampaikan oleh Menteri Besar Perak yang sah dan juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, YAB Dato’ Seri Ir.Nizar Jamaluddin di Markas PAS Cawangan Kampung Malau Gerik Perak dekat sini malam tadi. Rakyat yang hadir berbondong-bondong tanpa mengira kaum telah datang serta sanggup bersusah payah untuk hadir biarpun tidak diberikan sebarang imbuhan oleh pihak penganjur.
Inilah bukti bahawa Rakyat Perak juga sudah menerima satu “anjakan paradigma” untuk melakukan perubahan besar dalam pilihanraya umum akan datang pastinya. Tinjauan saya mendapati kehadiran rakyat yang ramai itu telah mencipta satu sejarah baru buat Pakatan Rakyat di Parlimen Lenggong dan negeri Perak khasnya. Kelihatan deretan kenderaan yang diletakkan ditepi jalan Gerik-Kuala-Kangsar sejauh satu hingga dua kilometer jaraknya.
Suasana program ceramah Pakatan Rakyat malam tadi sungguh meriah dan berjaya. Malah, kutipan derma orang ramai yang menberangsangkan jelas sekali menggambarkan bahawa rakyat sanggup memberi sokongan dana sebanyak mana sekali pun demi sebuah perjuangan.
Turut berceramah malam tadi ialah Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrisnan,Ustaz Misbahul Munir dan YDP PAS Lenggong.
Dato Seri Ir.Nizar memulakan ceramahnya sekitar jam 11.00 malam.Dalam ucapan yang penuh bersemangat itu Nizar banyak menyentuh tentang perkembangan kes rampasan kuasa yang berlaku di negeri Perak.
“Segala yang berlaku di Perak adalah kerja durjana Perdana Menteri Malaysia sendiri iaitu Najib Razak. Beliaulah yang telah merencana segalanya ini dan akhirnya menyusahkan seluruh rakyat Perak” katanya.
Nizar menceritakan satu persatu segala apa yang berlaku di Perak. Dalam ucapannya beliau secara jelas menyatakan bahawa amalan demokrasi berpelembagaan dan keluhuran undang-undang sudah tidak mahu lagi diamalkan oleh UMNO dan Barisan Nasional.
Kes yang berlaku dalam Sidang DUN Perak merupakan satu sejarah hitam yang amat meninggalkan kesan kepada rakyat Perak dan Malaysia amnya.
“Saya yakin, bahawa politik Perak tidak akan stabil selagi DUN tidak dibubarkan dan rakyat diberi kuasa untuk memilih kerajaan yang mereka mahukan. Saya juga amatlah berharap dan menyeru semua hadirin yang hadir kalau ada sekupang dua kupang yang masih menyokong UMNO tinggalkan saja. Seterusnya Dato Seri Nizar telah melancarkan buku Perak Darul Kartun di ceramah malam tadi. Buku Perak Darul Kartun yang dilancarkan malam tadi habis dijual macam pisang goreng panas.
Jalan masuk ke tapak ceramah di Markas PAS Cawangan Kampung Malau Gerik Perak
Ucapan pembukaan oleh YDP PAS Lenggong
Ahli Parlimen Padang Serai N.Gobalakrisnan baru tiba di tapak ceramah
Ucapan oleh Ustaz Misbahul Munir
Pemimpin-peminpin PKR Selat Pagar Lenggong turut hadir
Pemimpin PKR Selat Pagar dan pemimpin PKR Batu Dua Gerik
Ucapan oleh N.Gobalakrisnan Ahli Parlimen Padang Serai
Ketibaan Menteri Besar Perak yang sah Mohammad Nizar Bin Jamaluddin
Bersalaman dengan para hadirin
Mengambil tempat.....
Rakyat yang hadir di tapak ceramah Markas PAS Cawangan Kampung Malau Gerik Perak
N.Gobalakrisnan..dah nak balik!!!
Dato Seri Nizar memulakan ucapan
Dato Seri Nizar melancarkan Buku Perak Darul Kartun
Tengah serbu...buku Perak Darul Katun!!! Lambat tak merasa lerr...
Habisss....macam pisang goreng panas !!!
Dato Seri Nizar sedang menandatangi buku Perak Darul Kartun
Yeop...mike simpan buku ni elok-elok teman udah sain ni...
Bergambar kenangan bersama barisan pimpinan PAS Kawasan Lenggong
Kerja dah selesai teman nak balik ler yeop!!!
Dato Seri Nizar sempat beramah mesra lagi sebelum pulang ke IPOH..
Peminat setia Dato Seri Nizar...
Selamat malam yeop!!! Teman udah nak balik jumpa lagi dilain kali......
Inilah pemimpin yang tak pernah kenal erti penat lelah yang sentiasa berjuang demi kebaikan RAKYAT PERAK!!!
Teman respect sama NIZAR
HANCURRR UMNOOO !!!!!
|