Oooiiitt.... Sapa lu???

Aduh... sakitnya hati aku apabila baca saranan profesor kangkung yang bernama Zainal Kling. Ada ke dia suruh Tok Guru Nik Aziz supaya letak jawatan kerana telah menyebabkan kepincangan dalam PAS.... tersasar dari landasan perjuangan menegakkan Islam dan merugikan PAS.
Ooiiitt....!!! Lu sapa...., sapa lu.... mau suruh Tok Guru letak jawatan.

Ewah.... ewah.... sedapnyer mulut kangkung ni bercakap!!! Weh.... ko paham ke apa yang ko cakapkan ni??? Ko paham ke senario ceriter nya... dari mula sampai akhir??

Ini ler dia pandangan seorang lagi kangkung, yang merelakan dirinya menjadi seorang lagi lembu UMNO yang telah dicucuk hidungnya.

Jangan dok jadi pencacai UMNO, bersuara untuk menaguk di air keruh. Syuuuhhh, syuuuhhh... syuuuuhhhh... Jauh!! Jauh!! Pendapat hang not wanted!!

Masalah sudah setel punyer.... yang kangkung ni dok kelam-kelibut apa hal?? Dia tak tengok dan kaji ke, cara macam mana Tok Guru setelkan kemelut yang dihadapinya. Excellent punyer cara. No kepentingan diri... dengan rendah diri..... demi maruah dan kepentingan parti yang dicintai. Itu cara orang yang bermaruah dan yang ada integriti.


Mudah dan bermaruah.... Batalkan pemergian ke Makkah, patuh pada nasihat sahabat dari PAS Pusat dan suruh menantu letak jawatan sebagai CEO PMBK, which he did. Tetapi... tidak tunduk pada desakan supaya dia meletak jawatan. Bukan dia tak mahu... tapi dia sedar masih banyak lagi sumbangan yang dia boleh curahkan kepada PAS dan Kelantan. Dia rasa bertanggungjawab untuk terus bersama PAS daripada melarikan diri dan meninggalkan PAS dalam keadaan dilanda kemelut akibat fitnah. Selagi ada umur panjang... selagi ada kudrat.... selagi ada kesihatan yang baik... insyaAllah.... selagi itulah dia akan bersama PAS untuk menerajui Kelantan.


Aha... itu yang puak-puak UMNO ni takut. Selagi Tok Guru terus memimpin Kelantan, demer akan mati berangan.... tak dapat ler nak rampas Kelantan semula. Tok Gurulah kekuatan PAS di Kelantan. Sapa pun termasuk UMNO tak dapat menafikannya. Sebab itu, sedaya upaya create isu untuk menjatuhkan kredibiliti Tok Guru dan desak dia letak jawatan. Usah mimpin ler!! Frust giler ler komer...

Itu yang beriya-iya, buat demo depan SUK Kelantan, mendesak Tok Guru letak jawatan dan tarik balik kenyataan untuk mendoakan kemusnahan masa depan Najib Razak. Mengelabah komer!!

Weh.... kah kah kah kah kah.... nak tergelak aku. Takut rupanya demer akan doakan Tok Guru!! Ini kes nak bodek Najib ler, ya?? Fuiyo... sayang bebenor demer ke Najib weh... Sanggup UMNO Kelantan mengkhianati rakyat Kelantan demi membodek Najib.


Ok.... macam ni ler. Komer pegi bagi tahu pada Najib supaya jangan suka kelentong dan putar alam. Bagi.... apa yang rakyat Kelantan berhak dapat dan baru kira setel, kalau tak.... buat ler perhimpunan demi perhimpunan... Tok Guru tak akan berganjak. Pasal nak suruh dia letak jawatan pulak....jawapannya, boleh belah!!!


Berbalik kepada saranan prof kangkung kita... si Zainal Kling.... keep your pendapat to yourself jer ler. Tinggi mana pun pendidikan kamu, luas mana pun pengalaman kamu.... besar mana pun pangkat kamu....tetapi apabila kamu merelakan diri kamu menjadi lembu UMNO, orang tak respek dah. Bila diri jadi lembu... maka hilangler integriti... hilang kredibiliti dan hilang hormat orang pada kamu!!!

Sorry ler... hari ni bahasa mom brutal sikit. Bukan apa... sebab teman memang benci dan meluat pada manusia-manusia yang menjual maruah demi membodek. Eeeiii... getik bebenor. Oleh itu.... bahasa yang digunakan ialah bahasa yang menunjukkan kegetikan dan kemeluatan... Harap-harap, komer tak kisah...
Assalamualaikum and bye....

Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com/

 
Load Counter