STRATEGI JATUHKAN PAS TAK MENJADI

Hai, apalagi le agaknya fitnah UMNO untuk jatuhkan PAS. Habis dah semua fitnah dah terkeluar. Bukan setakat cerita biasa cerita sampai fitnah sex songsang dan lain2 semuanya keluar. Tapi taklah mengejutkan bagi golongan UMNO ini memandangkan bagi mereka semua yang haram itu halal asalkan ianya datang dari perut dan mulut UMNO itu sendiri.

Terpulang bagi rakyat menilai mana permata mana pula kaca. Rakyat perlu melihat siapa sebenarnya yang ikhlas berjuang kerana Islam dan rakyat dan sape pula yang asyik menyalahgunakan kuasa dan wang rakyat. Sebagai pihak yang paling berkuasa sepatutnya rakyat sudah pun dapat menilai fitnah dari blogger2 upahan murahan UMNO yang sangat jahil mengenai agama dan cukup cekap menfitnah Ulamak asalkan mereka mendapat upah yang mampu mengenyangkan perut mereka. Mereka tidak memikirkan rezeki yang masuk menjadi darah daging mereka itu akan dibakar didalam neraka di akhirat kelak jika menfitnah orang.

Nampaknya habis semua difitnah, termasuklah pimpinan Pakatan itu sendiri. UMNO memikirkan kekuatan PAS ialah pada PIMPINAN UTAMA mereka. Kerana itulah mereka amat mengharapkan Tuan Guru Hadi Awang dan Tuan Guru Nik Aziz akan bercakaran. Namun keutuhan PAS terbukti tanpa ada sebarang masalah besar. Mana ada satu kerajaan di dunia yang tiada masalah. Namun cara penyelesaiannya sahaja yang berbeza. Jika BN bermasalah cara mereka ialah mengagih-agihkan kuasa dan wang bagi menutup mulut. Jika wang sudah tidak mencukupi maka pergaduhan mereka akan berpanjangan seperti kes MIC dan MCA. Manakala bagi PAS pula, jika bermasalah mereka akan mengadakan mesyuarat dan menyelesaikan perkara ini sebaik mungkin.

Apa pula fitnah BN dan UMNO selepas ini. Aku ingat pemimpin depa dok panas punggung sebab PAS sentiasa tenang dan akan terus menjadi pilihan pada pilihanraya nanti. Sokonglah PAS dan insyaAllah ISLAM akan tertegak di MAlaysia satu masa nanti. TAKBIRR!!

Sumber: http://sentuhanrakyat.blogspot.com/

 
Load Counter