Isu kerusi Dun seputih siapa yang berkuasa......

ALOR SETAR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengarahkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sarif menghadiri sidang DUN negeri itu yang dijadualkan Selasa depan.

Katanya walaupun Speaker DUN, Datuk Dr Abdul Isa Ismail menganggap wakil rakyat itu hilang kelayakan sebagai ADUN namun Barisan Nasional (BN) memegang prinsip apa yang diputuskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), bahawa tiada berlaku kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh dan Abu Hasan adalah wakil rakyat BN yang sah.

"Abu Hasan masih ahli Yang Berhormat secara sah dan speaker (DUN) tidak boleh menghalang beliau dari menghadiri sidang dewan itu. SPR umum tiada kekosongan dan tidak ada pilihan raya kecil, jadi apa kuasa speaker itu saya tak tahu," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Gunung di sini.

Muhyiddin berkata Abu Hasan harus menghadiri sidang DUN itu bagi mengetahui apa yang sedang berlaku memutuskan .baca lagi


Diantara kuasa speaker ., mahkamah , SPR dan Tpm Mahyudin ,siapa yang layak mengarah ,mengadili atau menghakimi Dun Kota Seputih ini ?

Peguam Speaker DUN Kedah, Abd Isa Ismail berhujah bahawa ADUN Kota Siputeh telah melanggar Perkara 51 undang-undang tubuh negeri dengan tidak menghadiri dua persidangan DUN berturut-turut, maka Datuk Abu Hasan Sarif tidak berhak mendakwa beliau masih wakil rakyat BN yang sah.

Sulaiman Abdullah juga berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak boleh memutuskan sebaliknya kerana ia bertindak di luar bidang kuasanya secara tidak sah dan tidak munasabah apabila enggan mengisytiharkan kerusi tersebut kosong.

Beliau menyenaraikan beberapa keputusan suruhanjaya itu yang didakwa tidak rasional:

* SPR bertindak secara tidak sah apabila ia memutuskan tiada kekosongan bagi kerusi tersebut;

* SPR bertindak secara tidak sah menurut undang-undang, tidak munasabah dan sewenang-wenangnya apabila menerima surat cuti Abu Hasan yang telah ditolak oleh Speaker;

* SPR bertindak secara tidak sah apabila memutuskan Speaker harus merujuk perkara tersebut kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Kedah sebelum menguatkuasakan Perkara 51 perlembagaan negeri.

Speaker Kedah mencabar keputusan SPR awal September lalu yang menyatakan kerusi Kota Siputeh tidak kosong kerana Abu Hasan "tidak menghadiri dua mesyuarat berturut-turut dalam dua penggal yang berbeza, bukan dua mesyuarat dalam satu penggal yang sama", selain memohon mahkamah mengisytiharkan kerusi tersebut kosong.


 
Load Counter