Pengundi Bagan Pinang..Fikir Elok - elok

Majlis Tertinggi UMNO telah pun memutuskan untuk mengekalkan hukuman penggantungan keahlian terhadap Mohd. Isa Samad, matan Naib Presiden UMNO walaupun telah mengurangkan hukuman enam tahun kepada tiga tahun. Hukuman tersebut diputuskan selepas Mohd. Isa didapati terlibat dalam politik wang, berkuat kuasa 24 Jun lalu. Dengan keputusan itu, Mohd Isa perlu melepaskan jawatan menteri Kabinet.

Sebagai satu peringatan pada 25 hb Jun 2005 yang lalu Pak Lah telah menyatakan Badan Pencegah Rasuah (BPR) boleh menyiasat kes rasuah politik membabitkan Mohd.Isa. ( lihat Utusan Malysia 26/6/2005 ).

Pengundi Bagan Pinang harus teguhkan pendirian...perasuah dari kalangan orang Umno akan tetap melakukan rasuah. Biar pun telah dihukum oleh ahli displin Umno mereka tetap akan melakukan rasuah. Kerana apa? Kerana mereka tidak dihukum oleh SPRM dan SPRM sesekali tidak akan menghukum mereka yang berlambangkan Umno.

INGAT PILIH PERASUAH BERMAKNA ANDA MEMILIH MASA DEPAN ANAK - ANAK MENJADI PERASUAH TEGAR.

Sumber: http://dragsuperstar.blogspot.com/

 
Load Counter