Adakah Port Dickson tidak mempunyai hospital?

Ketua Putera Umno Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim a.k.a Mat Rempit mendakwa bahawa dirinya telah dibelasah oleh sekumpulan penyokong PAS semasa hari penamaan calon Pilihanraya Kecil Dun Bagan Pinang 3 Oktober lalu.

Walaupun ini merupakan helah biasa yang digunakan oleh Umno dan Barisan Nasional untuk menggambarkan bahawa penyokong Pakatan Rakyat adalah ganas, namun di dalam banyak keadaan, mereka sebenarnya terperangkap dengan penipuan yang mereka sendiri cipta.

Malah, Azeez juga pernah mencipta isu yang sama ketika PRK Kuala Terengganu dahulu.

Naib Presiden Pas, YB salehuddin Ayub sendiri mengakui bagaimana dia melihat Azeez sihat wal’afiat selepas Azeez mendakwa dirinya dipukul itu. Malah Azeen masih sempat untuk membuat sidang akhbar mengenai kes pukul itu.

Cuma, yang menghairankan saya, kenapa Azeen pergi mendapatkan rawatan di Kuala Lumpur? Adakah di Bagan Pinang atau di Port Dickson tidak mempunyai hospital? Jika begitu, maka sia-sialah Isa Samad menjadi Menteri Besar dahulu jikalau hospital pun boleh tiada di Port Dickson.

Jika benar Azeez dibelasah, dia perlu untuk mendapatkan rawatan atau pemeriksaan doktor dengan segera di hospital yang berdekatan. Jikalau tempoh yang diambil untuk mendapatkan rawatan terlalu lama, maka kes itu sudah di anggap sudah basi.

Sumber: http://lordazaab.wordpress.com/

 
Load Counter