UMNO Punya Kerja PRM Dapat Nama


Salam Ramadhan,


Dulu kita biasa dengar istilah "lembu punya susu, sapi dapat nama" - merujuk kepada seseorang yang berhempas pulas melakukan sesuatu perkara tapi hasilnya dinikmati oleh orang lain. Sekarang ini istilah baru muncul ekoran daripada perbuatan UMNO yang cuba menimbulkan kekecohan kepada Kerajaan PR Selangor dan meniupkan api perkauman.


Istilah barunya ialah "UMNO punya kerja, PRM dapat nama". Semenjak peristiwa perarakan kepala lembu berdarah, kepala lembu kerap disebut. Parti kepala lembu (UMNO), wajah-wajah lembu, politik kepala lembu, dan sebagainya. Ini telah membuatkan nama salah satu parti pembangkang yang lama menyepi iaitu Parti Rakyat Malaysia (PRM) menjadi popular, nama sering disebut-sebut (walau hakikatnya ia adalah kepala seladang).


Parti yang mempunyai pengaruh tersendiri pada era 70-an dan 80-an, kemudian bergabung dengan parti Keadilan, dan tak lama kemudian, beberapa pimpinannya keluar dan PRM menjadi parti kecil, sekapal dengan PSM (Parti Sosialis Malaysia).

Sumber: http://reformisjalanan.blogspot.com/

 
Load Counter