Adeh.. RM500 saja?

Yang ditunggu telah tiba tapi malang sekali, yang diperoleh hanya taik gigi. Kesian penjawat-penjawat awam kerajaan terutama kumpulan sokongan. Dalam keadaan ekonomi menghimpit kehidupan mereka terutama menjelang musim perayaan seperti ini, kerajaan hanya memberikan sagu hati sebanyak RM500 sahaja kepada mereka pada tahun ini.

RM500 tu dibahagi pulak kepada dua kali bayaran. RM250 untuk perbelanjaan Hari Raya dan selebihnya untuk persediaan persekolahan menjelang musim persekolahan bermula nanti. Dalam keadaan ekonomi yang semakin teruk serta nilai ringgit yang semakin mengecil, pemberian sagu hati sebanyak itu, tidak banyak dapat membantu meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh penjawat-penjawat awam kerajaan. Kesian mereka....

Awat jadi sampai begitu sekali?? Apakah kantung kerajaan sudah kekeringan?? Nampak gayanya begitulah keadaannya. Itu ler... masa moncah tak sedor diri. Bazir sana basir sini. Lepas tu, kaut apa yang boleh untuk membesarkan tembolok sendiri tanpa mengira halal atau haram, atau cara yang dilakukan bersih atau pun kotor. Dari mana mereka gasak semua itu?? Ah... dari mana lagi, dari hasil kekayaan hasil bumi dan kantung negara ler!!! Apabila kantung negara semakin kering.... nak beri bonus pada kakitangannya pun sudah tidak mampu lagi. Woi... apa sudah jadi???

Sekarang... apabila negara dicengkam dengan masalah ekonomi, yang merasakan peritnya ialah rakyat terbanyak. Para pemimpin negara masih boleh tersenyum dan tidur lena. Sebab apa?? Sebab bekalan mereka sudah lebih daripada mencukupi tetapi rakyat terbanyak, mau tak mau, suka atau tidak suka, terpaksalah menanggung derita dan bebannya.

Kah kah kah kah kah .... Inilah dia kerajaan Satu Malaysia, rakyat didahulukan dengan penjawat-penjawat awam kerajaan diberi taik gigi bernilai RM500 sebagai saguhati pada tahun ini!!!

Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com/

 
Load Counter