Simbah cat, awas dengan provokasi pihak lawan.


Sejak kebelakangan ini antara isu yang hangat diperkatakan ialah tindakan pihak yang tidak dikenali menyimbah cat kepada kain rentang beberapa orang pimpinan BN, terbaru seperti dilapor dalam sinar harian kain rentang ADUN Sungai Manik, Zainol Fadzi Paharuddin juga disimbah dengan cat.

Ekoran dari itu BN telah menuduh tindakan tersebut dilakukan oleh penyokong Pakatan Rakyat dan telah dijawab oleh banyak pihak sehingga menibulkan kehairanan Zambry kenapa kami kononnya beria-ia sangat menafikannya.

Sehubungan dengan itu saya suka memberi beberapa kenyataan pada hari ini :

1. Saya memohon dari semua pimpinan, ahli dan penyokong Pakatan Rakyat, khususnya PAS supaya terus berhati-hati dengan provokasi pihak lawan kita iaitu BN setelah melihat sejak akhir-akhir ini semacam isu menyimbah cat ini sengaja diada-ada kan.

2. Saya mengakui mustahil tidak ada pihak yang bertanggung jawab, namun timbul persoalan kenapakah perkara ini hanya berlaku terhadap kain rentang milik pemimpin BN sahaja dan banyak kain rentang yang dipasang oleh pimpinan Pakatan Rakyat tidak terusik. Setahu saya perkara ini sering berlaku semasa pilihanraya apabila pihak yang membina pintu gerbang misalnya, membakar pintu gerbang itu dan segera ditujukan kepada pihak PAS yang melakukannya.

3. Adakah ini adalah salah satu dari taktik kotor BN untuk kembali menarik sokongan rakyat setelah mereka melakukan kudeta yang jijik dan memalukan serta merosakkan kemurnian amalan demokrasi yang sekian lama diamalkan dinegara kita.

4. Pelajar sekolah tadika sehinggalah ke pusat pengajian tinggi tidak akan percaya kalau tuduhan itu ditujukan kepada PAS, kerana sekali lagi saya tegaskan bukan kerja kami untuk membuang masa dengan melakukan kerja yang tidak diajar oleh Islam dan peradaban manusia itu.

5. Saya meminta pihak keselamatan memastikan segala siasatan yang dilakukan secara adil dan tidak berpihak kepada mana-mana kumpulan. Atau yang paling malang perlu saya nyatakan lebih awal jangan sampai ada yang berlakon dan ditangkap dan mengaku tindakan menyimbah cat itu adalah arahan dari mana-mana pimpinan PAS.

Sekian terima kasih/01 Okt. 2009

DRS. KHALIL IDHAM LIM,
Ketua Penerangan PAS Perak.

Sumber: http://idhamlim.blogspot.com/

 
Load Counter