Kelab Penyokong Pas Bukit Gantang Jangan Terpedaya:Makkal Sakhti untuk Hidupkan UMNO

PAS mengingatkan ahli Kelab Penyokong PAS terutamanya masyarakat India supaya jangan terpedaya dengan cubaan Barisan Nasional (BN) mengelirukan mereka dengan penampilan parti baru 'Makkal Sakthi'.
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusof berkata, penubuhan parti ini dibuat oleh mereka yang kecewa kerana tidak dapat jadi calon pilihan raya.

Menurutnya, BN sengaja mengatur strategi untuk memadam semangat masyarakat India yang nyata menolak parti berasaskan perkauman samada MIC, Parti Barisan Kemajuan India Malaysia (IPF) ataupun Parti Progresif (PPP).

Justeru itu, BN terpaksa mencipta parti baru untuk mengembelengkan tenaga masyarakat India agar memberikan kepercayaan kepada parti baru kononnya hasil perjuangan rakyat akar umbi untuk menggantikan parti perkauman India lainnya

Bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir menyambut baik penubuhan Makkal Shakti baru-baru ini.

"Ahli Kelab Penyokong PAS kena tetapkan pendirian dan jangan sekali-kali terpengaruh dengan dakyah BN yang memperkudakan parti tersebut untuk menarik kembali sokongan masyarakat India yang nyata terus semangat menyokong Pakatan Rakyat, " tegasnya ketika dihubungi.

Tambahnya,jika benar bekas pemimpin Hindraf yang kecewa hendak memperjuangkan keadilan dan kesejahteraan untuk masyarakat India mereka seharusnya memilih Pakatan Rakyat sebagai penasihat atau penaung bukan BN yang sedang menanti rebah dalam arena politik tanahair.

Agak mengejutkan sambungnya, yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar, penubuhan parti baru itu begitu cepat didaftarkan semata-mata untuk menampung kehendak masyarakat India yang telah kecewa dengan parti berteraskan kaum India di Malaysia.

"Jangan ambil perhatian tentang penubuhan Parti Makkal Sakhti yang ditubuhkan oleh orang yang tiada pendirian. Bersabarlah dengan perjuangan PAS bersama Pakatan Rakyat. Kita akan mencapai kemenangan muklak nanti, " ujar beliau lagi.

Justeru itu, beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang berharap, semua ahli Kelab Penyokong PAS di serata negeri bersatu tanpa mengira warna kulit di samping memperbanyakan program bersama masyarakat bukan Islam.

Cara itu tambah Dr Mujahid, dapat menambah kesepaduan, kematangan dan percambahan ilmu politik di samping mendapat penjelasan isu terkini mudah-mudahan pendekatan itu memberi ketabahan dalam usaha menarik seramai mungkin mereka yang masih tercari-cari wadah perjuangan.

Katanya,anggaplah penubuhan 'Makkal Sakhti' tajaan mereka yang kecewa itu sebagai sebuah lubang yang besar menanti BN jatuh untuk ditimbus oleh mereka yang menanti kepincangan serta kemusnahan BN secara menyeluruh.

"Kalau boleh ditakrifkan penubuhan Makkal Sakthi sebagai lubang besar untuk menimbus BN yang hanya ada nyawa-nyawa ikan sahaja. Biar rakyat yang tentukan kelak, " terangnya. -HarakahDaily.Net.

Mengulas perkara yang sama,YDP Bukit Gantang mengharapkan ahli Kelab Penyokong Pas tidak terpengaruh dengan propaganda UMNO /BN.

"Makhal Sakthi,bukan ingin membela Masyarakat India,tetapi untuk mengekalkan kerajaan BN"tegas Ustaz Nordin Jaafar.

Sumber: http://sisibukit.blogspot.com

 
Load Counter