Permatang Pasir: 7-0 !

Akhirnya Pas telah menang di Permatang Pasir, di mana Ustaz Mohd Salleh Man telah menang dengan majoriti 4551 undi kalahkan calon Umno-Bn Rohaizat Othman yang dapat 5062 undi saja. Ustaz Salleh Man dapat 9618 undi. Peratus keluar mengundi 73.1%. Tahun 2008 peratus keluar mengundi ialah 82.6 %. Jumlah pengundi 20,350 orang. Undi majoriti yang diperolehi Salleh Man telah berkurang sebanyak 882 undi jika dibandingkan dengan Allahyarham Dato Hamdan yang menang dengan majoriti 5443 undi.

Walaupun bermacam2 sekatan oleh SPR dalam prk permatang Pasir seperti tidak boleh rayu undi pada hari mengundi, tidak boleh buat bangsal panas berdekatan tempat mengundi, tidak dibenarkan bawa bendera parti oleh para penyokong namun kuasa Allah jua yang menangkan Parti Islam itu di Permatang Pasir. Jika semua pengundi keluar mengundi sudah tentu undi Pas dan majoriti yang diperolehi Salleh Man akan lebih banyak.

Sesungguhnya isu basi pembangunan dan anak emas yang dijaja Muhyidin Yasin langsung tak 'dimakan' oleh pengundi Permatang Pasir. Semua media yang pro-Umno yang taja isu ahli umno Tak masuk Syurga, pakatan rakyat dah hancur lebur langsung tak jejaskan kemenangan Pas di Permatang Pasir.

Sekiranya SPR lebih cerdik dengan adakan hari mengundi pada hari cuti umum sudah tentu ramai orang keluar mengundi. Ini pengajaran buat SPR supaya lebih bijak dalam buat keputusan untuk pilih hari mengundi.

Sumber: http://misaimerah.blogspot.com

 
Load Counter