Khabar angin DUN bubar tidak berasas

Oleh: Sam Ahmad

Kelmarin ada dipostingkan di sini bahawa ada Adun BN yang hendak berpaling tadah dan pembubaran DUN akan berlaku. Ternyata segala yang dinyatakan tidak betul dan tidak berasas.

Perkara itu dinafikan sendiri oleh Cina Islam atau Drs Khalil Idham Lim selaku Pengerusi BBC Pakatan Rakyat Perak dan Ketua Penerangan PAS Perak.

Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh Drs Khalil Idham di dalam blognya hari ini (2 Julai 09) antara lain menyebut “kenyataan itu adalah tidak berasas dan disebarkan oleh pihak yang tidak dapat dipastikan setakat ini.”

Setakat berita ini ditulis, rakyat negeri Perak khasnya masih lagi rancak menceritakan tentang pembubaran DUN. Dan pihak kami mempunyai maklumat terbaru yang mengatakan bahawa perjumpaan Nizar dengan salah sorang dari wakil rakyat BN benar-benar berlaku. Cuma kami masih belum pastikan lagi kesahihan maklumat tersebut.

Hanya dengan pembubaran DUN dapat menyelesaikan segala kemelut di Perak. Dan seperti kata ‘Cina Islam’, “pembubaran DUN adalah langkah yang paling tepat dan wajar dalam menyelesaikan krisis di Perak. Mengembalikan kuasa kepada rakyat Perak untuk memilih kembali siapakah kerajaan yang mereka pilih adalah desakan Pakatan Rakyat yang berterusan “Bubarkan DUN Perak”.”

Pada akhir kenyataan medianya beliau mengingatkan penyokong Pakatan Rakyat supaya tidak cepat mempercayai khabar angin serta menyebarkannya pada orang ramai tanp terlebih dahulu pasti dengan kesahihannya.


Kenyataan lengkap

Kenyataan Media 2 July 2009

Berikutan tersebarnya sms dan panggilan telefon dari banyak pihak mengenai khabar angin kononya ada ADUN BN yang akan menyeberang kepada Pakatan dan dikaitkan dengan pembubaran DUN Perak dengan ini saya tertarik untuk memberi beberapa kenyataan :-

1. Kenyataan itu adalah tidak berasas dan disebarkan oleh pihak yang tidak dapat dipastikan setakat ini.

2. Pembubaran DUN adalah langkah yang paling tepat dan wajar dalam menyelesaikan krisis di Perak. Mengembalikan kuasa kepada rakyat Perak untuk memilih kembali siapakah kerajaan yang mereka pilih adalah desakan Pakatan Rakyat yang berterusan “Bubarkan DUN Perak”.

3. Saya memohon semua penyokong PAS dan pakatan rakyat supaya jangan mudah mempercayai dan menyebarkan segala maklumat atau sms yang belum disahkan maklumat pengirim dan kesahan maklumat itu kepada orang lain.

Kenyataan Media
2 July 2007

YB. Drs. Khalil Idham Lim
Pengerusi BBC Pakatan Rakyat Perak/
Ketua Penerangan PAS Perak.

Sumber: http://perakexpress.com/

 
Load Counter