3 KEDEGILAN UMNO TIDAK MENDAHULUKAN RAKYAT !

Teman rasa UMNO sangat degil dalam menafikan saman yang telahpun diistiharkan oleh mahkamah.3 kes utama yang masih ditangguhkankan bayaran adalah seperti berikut :

1. Saman syarikat pembekal bahan kempen kepada UMNO semsa pilihanraya 2004.
2. Saman syarikat pembalakan kepada MB Pahang sekarang.
3. Saman peneroka Kemahang kepada Felda yang digenggami oleh PM melalui pengerusi FELDA Tan Sri Yusuf Noor .Bayangkan ke3 kes ini melibatkan pekerja dan peneroka yang merupakan rakyat negara ini.Peluang mereka ditangguh dan sehingga sekarang belum dibuat pembayaran.Dalam keadaan ekonomi yang teruk ini , wang tersebut boleh membantu sedikit sebanyak kepada mereka.Sedemikian pihak Kerajaan Malaysia di bawah Perdana Menteri harus peka bukan pekak dalam menangani isu hak rakyat ini.
RM 7.1 juta bukan jumlah yang sedikit.

Kerana segelintir ada orang-orang dalam Felda buat kerja tak amanah inilah jadinya....Sekarang kerana masih lagi tak mengaku kesalahan kena bayar RM 11 juta .....

Sepatutnya dari dulu lagi dah bayar...jadi tak lah naik RM 11 juta....Kalau berkeras lagi akan datang tak tau berapa juta lagi bertambah.....
Orang makan gaji dengan Felda tak kisah berapa juta pun semua ni walau pun dia tau......

Kita pertikaikan duit siapa nak bayar...?...Kalau duit hasil peneroka..cepat-cepat lah bayar.....

Sebenarnya dengan jumlah RM 4 juta itu banyak perkara kita boleh guna...tak percaya bagi kat Felda Chini 04

Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan Felda membayar RM11 juta sebagai ganti rugi kepada 354 peserta Felda berhubung bayaran bagi buah kelapa sawit selama enam tahun selepas menolak rayuan. Hakim Datuk James Foong Cheng Yuen, Abdull Hamid Embong dan Datuk Abdul Malik Ishak menolak rayuan itu dalam keputusan majoriti 2-1, dengan Abdul Malik menentang.

13 Januari 2008:- Wan Rohimi Wan Daud, Yusfarizal Yussoff dan Muhd Azmi Bin Talib menerukan nafas perjuangan menegakkan keadilan mereka di Mahkamah yang merupakan ruang mencari keadilan. Dalam keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu dalam kes Awang Soh & 353 yang lain lwn FELDA & 2 yang lain, Mahkamah telah memberikan gantirugi am sebanyak RM7.1 juta, gantirugi teladan sebanyak 10% iaitu RM710,000, faedah keatas jumlah penghakiman daripada tarikh pemfailan tindakan dan juga kos tindakan dalam sidang perbicaraan yang disambut tepukan gemuruh 354 orang peneroka FELDA yang setia menanti keadilan dipertegakkan.

Setelah 11 tahun menderita dek kerana hak yang terang-terangan dinafikan atas nama kuasa, FELDA dan Felda Palm Indutries Sdn Bhd diputuskan telah melakukan fraud, penipuan dan konspirasi keatas peneroka-peneroka dengan memaksa mereka menjual buah sawit dengan harga yang tidak munasabah dan mengredkan buah sawit berkualiti dibawah gred yang munasabah.

Sumber: http://pascawanganbukitsentosa2.blogspot.com

 
Load Counter