UMNO Kelantan Semakin Goyah

Dalam UBN sedang sibuk menyusun strategi untuk menyerang PR dengan menggunakan platform PAS dan juga kerajaan negeri Kelantan yang dipimpin TGNA, mereka juga bakal diserang hebat. Dikhabarkan UMNO Kota Bharu bakal ditutup akibat daripada kemasukkan Zaid Ibrahim kedalam PKR baru2 ini.

Zaid akan pulang ke Kota Bharu pada 5 Julai ini untuk memperkemaskan PKR terutamanya Cabang Kota Bharu. Sebelum ini beliau adalah seorang pemimpin yang boleh dikatakan ramai pengikutnya. Cuma akibat daripada berada silap tempat (UMNO), beliau telah menjadi mangsa politik. Beliau telah dipancung kawan sendiri.

Rakyat Kelantan mengharapkan beliau dapat bersama-sama dengan TGNA mempertahankan kerajaan Kelantan daripada diserang oleh pihak musuh. Saya juga mengharapkan beliau dapat menceriakan lagi PKR Kelantan yang sebelum ini boleh dikatakan sedikit 'hambar'.

Sumber: http://loveperak.blogspot.com/

 
Load Counter