PAS: ONE FOR ALL AND ALL FOR ONE!!

Si ayahanda menolak kerajaan perpaduan yang dulu nyer di war-warkan oleh Tuan Guru Haji Hadi selaku Presiden PAS. Ekoran dari itu, si anakanda pulak mengeluarkan pangangan konon nyer si ayahanda mendapat nasihat daripada orang disekeliling nyer yang dilabel nyer ulama 'mee celup'.

Dengan itu.... ramai ler pulak yang tak senang hati dengan kenyataan si anakanda kerana boleh menimbulkan pergeseran dalam parti dan dikuatiri ada unsur-unsur fitnah. Lantaran itu, kedengaran pula komen-komen balas yang mahu si anakanda berterus terang dan menamakan siapakah penasihat-penasihat ayahanda yang dilabelkan 'mee celup' itu.

Kemudian..... dari 'mee celup' keluar pulak 'mee goreng'. Ulama 'mee goreng' ni pulak digambarkan sebagai tukang goreng.... mengoreng jemaah PAS dan para penyokong nyer berkaitan isu kerajaan perpaduan. Waduh....waduh.... apa ini??? Apa dalam PAS pun sudah ada label melabel kah???? Mengapa jadi ini macam??? Bawak bersabar dong...!! Jangan tuduh menuduh secara melulu dan jangan cepat melatah..... Ponin den ponin.....!! Apa-apa pun, jangan memandai-mandai, bawak ler berbincang dan jangan dedahkan laundry kotor kita di khalayak umum. Malu oi.... malu..... Kita bertelagah depa tepuk tangan. Kita lemah, depa mudah serang kita. Akhir nyer kita yang rugi oi......

Apakah si anakanda bermaksud mengatakan yang si ayahanda terpengaruh dengan nasihat penasihat-penasihat ulama 'mee celup' ini sehingga menolak idea kerajaan perpaduan dan hampir merosakkan hubungan baik antara si ayahanda dengan Tuan Guru Haji Hadi, Presiden PAS. Na'uzubillah.... jangan sampai jadi begitu, tapi alhamdulillah... kedua-dua Tok Guru kita masih waras dan masih rasional pemikiran mereka. Kedua-dua mereka masih gam seperti biasa!!!

Isy.... itu ler, kalau nak beri pandangan pun, biarlah jangan sampai boleh menimbulkan pergeseran dan rasa tak senang hati jemaah dalam PAS. Bila si anakanda memberi gambaran seolah-olah ayahanda telah dipengaruhi oleh penasihat-penasihat 'mee celup' di sekeliling nyer, maka seolah-olah si anakanda juga telah meng'insult intelligence' si ayahanda yang memang terkenal sebagai ulama berilmu yang disegani dan dihormati pihak kawan dan lawan. Ai... tak kan si anakanda fikir, seorang yang berilmu seperti si ayahanda, begitu mudah dipengaruhi. Apakah si anakanda tak percaya dan tak yakin dengan kredibiliti si ayahanda sebagai ulama dan pemimpin tertinggi PAS??? Mana boleh macam tu.....

Ramai yang tertanya-tanya..... siapakah penasihat 'mee celup' yang dimaksudkan oleh si anakanda? Kenapa berkias di sebalik label? Mengapa tak 'straight forward' menamakan siapa mereka agar mereka berpeluang untuk membela diri daripada tuduhan tersebut. Ada pulak yang kata.... siapa makan cili dia akan tersa pedas nyer. Pulak dah......

Tapi pada pendapat teman.... si ayahanda Tuan Guru Nik Aziz bukan lah orang yang mudah terpengaruh dengan orang di sekeliling nyer tetapi beliau mempunyai 'mind of his own'. Sebab itu, beliau masih boleh bertahan dan masih diterima malah masih diperlukan sebagai pemimpin PAS kerana beliau amat disegani dan dihormati sehingga ke hari ini. Pemikiran nyer masih tajam dan beliau masih mampu membuat pertimbangan yang bijak tanpa pengaruh 'mee-mee celup' disekelilingi. Dan.... kita respect beliau kerana itu.

Apa-apa pun..... 'mee celup' dan 'mee goreng'..... asas nyer tetap mee. Setelah di celup, digoreng pulak dan ditambah pulak dengan ramuan-ramuan lain yang boleh melazatkan dan membangkit selera. Foooohhh mak oi..... baru ler hidangan ada umph....!!! Kalau hidangan yang disajikan ada umph... teman percaya ramai orang akan datang ke kedai kita. PAs akan laku wehhhh, wa cakap lu!!!

Ini juga akan menyemarakkan lagi slogan PAS for all. Yes..... Pas for ulama.... Pas untuk golongan professional and non-professional..... PAS for muslims..... and PAS for non-muslims. Yes.... PAS, one in all and all in one!!! Takbir!!!

Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com/

 
Load Counter