Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin belum membuat keputusan samada ingin bertanding Naib Presiden pada Muktamar Agung PAS di Selangor pada Jun depan. Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak memberitahu belum memikirkan secara serius perkara tersebut kerana ingin memberi tumpuan kepada kesnya di Mahkamah Tinggi Ipoh pada 4 - 6 Jun depan.
"Setakat ini belum terlintas dalam sanubari saya", katanya kepada media semasa merasmikan Muktamar Agung PAS Kawasan Pengkalan Chepa. Kenyataan tersebut merujuk pencalonan jawatan dalam Muktamar yang akan datang. Walaubagaimanapun, Dato' Seri Mohd Nizar mengucapkan terima kasih kepada kawasan yang mencalonkannya untuk jawatan Naib Presiden walaupun beliau sendiri belum membuat apa-apa keputusan mengenai pencalonan tersebut.
Ditanya mengenai pandangan PAS perlu dipimpin oleh gabungan ulama dan profesional bagi memantapkan parti tersebut, beliau bersetuju dengan cadangan tersebut. Beliau berkata "cadangan itu baik bagi memastikan kesinambungan kepimpinan dan masa depan PAS". Pertanyaan itu merujuk kenyataan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato' Mohamad Daud Iraqi yang berkata pemimpin bertaraf ulama perlu diberikan jawatan sebagai Presiden dan Timbalan Presiden PAS bagi menjadikan parti itu terus dihormati pada masa depan.
Namun, kenyataan tersebut tidak di sokong oleh beberapa pimpinan PAS yang lain termasuk Pengarah Pilihanraya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun. Beliau berpendapat sesetengah pemimpin ulama kurang memahami konsep sebenar kepimpinan ulama bagi mewujudkan barisan kepimpinan yang mantap dan perlunya kepada gabungan pemimpin golongan ulama dan profesional.
Secara peribadinya saya sebagai golongan muda dalam PAS bersetuju supaya golongan ulama terus menerajui PAS. Bukan bermaksud golongan ulama memonopoli PAS tetapi mereka berganding bahu dengan semua golongan bagi memacu PAS terus relevan di dalam masyarakat. Dalam masa yang sama kita mahu PAS terus diberkati perjuangannya oleh Allah SWT. Secocoknya untuk diberkati oleh Allah SWT perjuangan ini perlu kepada golongan ulama pewaris nabi untuk menerajuinya.
http://addin77.blogspot.com/
Browse » Laman Utama
MB Nizar Belum Pasti Bertanding Naib Presiden
PAS Gerik, Saturday, May 2, 2009
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
Buka Semua
Tutup Semua


|