Laporan terkini Malaysiakini menyatakan PAS Kawasan Permatang Pauh membeku jentera pilihanrayanya di setiap peringkat berkuatkuasa serta merta.
Yang Dipertuanya, Omar Hassan berkata, keputusan tersebut dibuat sebulat suara dalam mesyuarat jawatankuasa PAS kawasan itu malam tadi.
Ditanya sama ada keputusan itu bermakna, PAS kawasan itu tidak akan berkempen membantu calon PKR dalam pilihanraya kecil DUN Penanti, beliau berkata:
"Ini bukan satu boikot (terhadap PKR) tetapi untuk membolehkan kita fokus untuk memperkasakan parti di semua peringkat di Permatang Pauh".
Malah, katanya, PAS kawasan turut membantu calon PKR dalam pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau sebelum ini.
Omar ditanya sama ada keputusan malam tadi itu ada kaitan dengan usul PAS kawasan itu yang mahu meletakkan calonnya bertanding di Penanti. Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat PAS kawasan tersebut pada 19 April lalu.
"Kita masih lagi berpegang dengan usul tersebut kerana ia adalah kehendak akar umbi di situ," katanya.
Sebelum ini, dilaporkan bahawa kepimpinan PAS kawasan tersebut telah mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kuala Lumpur untuk memaklumkan mengenai usul tersebut.
Ditanya sama ada pihaknya telah mendapat reaksi daripada presiden PAS itu, Omar berkata: "Setahu kita, Datuk Seri Abdul Hadi akan memberi jawapan melalui PAS perhubungan negeri".
Bagaimanapun, kata beliau, sehingga ini, pihaknya belum dimaklumkan apa-apa mengenai perkara itu.
Ramai ahli-ahli PAS seluruh negara dukacita dengan perkembangan ini. Presiden PAS begitu lambat untuk memberikan responsnya sama lambatnya apabila diminta untuk memperincikan gagasan Unity Government yang pernah dicadangkannya sendiri satu ketika dulu.
Akibat daripada kelembapan respons tersebut, maka sekali lagi ahli-ahli PAS diletakkan dalam situasi "bercempera".
"Langkah yang diambil oleh PAS Permatang Pauh untuk membekukan jentera pilihanraya kecil Penanti dilihat sebagai tindakan yang tidak wajar dan tidak mempunyai semangat kesetiakwanan di dalam sebuah pakatan," kata seorang pemimpin PAS Kawasan di sini.
"Setiap kali UMNO bermasalah, setiap kali itu PAS menghadapi penyakit yang sama pelik seperti yang ditunjukkan oleh PAS Permatang Pauh," tambahnya.
http://greenboc.blogspot.com/
Browse » Laman Utama
Penanti : PAS Permatang Pauh Mahu Boikot Atau Ustadz Hadi Masih Lembab Macam Badawi?
PAS Gerik, Wednesday, April 29, 2009
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
Buka Semua
Tutup Semua


|