SELAMAT TINGGAL DEMOKRASI.......

Warna hitam kini menjadi warna kontroversi. Warna hitam menyebabkan orang ditangkap dengan tuduhan hasutan. Ada orang ditangkap kerana memakai pakaian berwarna hitam. Mengapa UBN takut dengan warna hitam....???


Bukankah hitam itu menawan??? Black is beauty!!! Ada orang mengaitkan warna hitam dengan kegelapan.... kemurungan..... mala petaka .... So, what??? Itu kan ke cuma simbol!! Mengapa perlu kerajaan UBN takut sangat dengan warna hitam sehingga begitu pantas Musa Hassan mengeluarkan arahan supaya orang tidak boleh berpakaian warna hitam khusus nyer pada 7 Mei 2009 yang lepas.


Ya.... tanggal 7 Mei memang melambangkan mala petaka pada demokrasi di Malaysia khusus nyer di Perak. Ia merupakan hari gelap bagi rakyat Perak. Politik Perak jadi tak menentu kerana perogolan ke atas demokrasi yang mengakibatkan sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara demokrasi jatuh akibat rampasan kuasa yang tidak demokratik. Hak demokratik rakyat Perak telah dicabuli dan dirampas....


Lantaran itu.... salahkah rakyat di sebuah negara demokrasi mahu mengexpress perasaan mereka melalui warna yang menjadi simbol kegelapan dan mala petaka. Mereka sekadar ingin melahirkan rasa kecewa mereka akibat mala petaka yang menimpa negeri Perak..... mala petaka hasil kerja tangan Piem Satu Malaysia daripada UBN. Mungkin UBN merasakan apa yang mereka buat adalah betoi tapi ia terang-terangan melanggar prinsip demokrasi yang konon nyer dijunjung oleh mereka!! Matlamat tidak boleh menghalalkan cara. Lebih-lebih lagi cara itu tidak demokratik dan tidak selari dengan perlembagaan dan undang-undang. Tapi mereka peduli apa ??? Begitu lah angkuh nyer UBN!!!


So... jika rakyat mahu menunjukkan yang mereka berbeza pendapat dengan kerajaan UBN dalam isu kemelut politik Perak dengan menyeru mereka yang sependapat dengan nya memakai pakaian bewarna hitam.... apakah itu boleh dianggap sebagai menghasut.... Apakah berpakaian berwarna hitam boleh mengancam kerajaan. Adeh... cetek nyer pemikiran UBN serta koncu dan barua-barua mereka... Ini menzalimi rakyat nama nyer!! Rupa nyer mereka takut dengan pengaruh rakyat..... PEOPLE POWER!!! Patut ler takut berdepan dengan rakyat dalam PRK...


Ini kah negara demokrasi??? Nak berbeza pendapat dan mengekpress diri pun telah dianggap sebagai satu kesalahan.... satu ancaman!!! No.... this is not demokrasi.... This is autokrasi ... kuku besi!!! Persoalan nya.... apakah Satu Malaysia kini menuju pemerintahan kuku besi??


Jawapan nyer.... ya!!! Perlembagaan dicabuli... undang-undang ditolak ketepi... langsung tak dihormati!!! UBN buat sesuka hati, meletakkan eksekutif kuasa tertinggi yang menguasai legislatif dan judiciary..... Bukan kah ini kuku besi???


Nampak gaya nyer Satu Malaysia di bawah Piem Najib sedang menghadapi satu zaman gelap demokrasi...... Macam penyakit kencing manis... yang mereput dan mematikan saraf dan sel pada badan manusia. Ya.... demokrasi di Malaysia sudah hampir mati dan ia bermula dengan mati nyer demokrasi di Perak.... dan kini ia akan merebak pula ke Satu Malaysia. Simpton-simpton nyer dah mula nampak.... Perhati dan amati ... lepas itu, pikir lah sendiri..


Bye...bye... adios... sayonara, demokrasi.... and welcome kuku besi. Aduh... aduh... aduh....malang sekali Malaysia, ibu pertiwiku.... kerana mempunyai anak watan yang menjadi pemimpin tetapi pemimpin yang tak mengasi dan pentingkan diri!!!!

Apakah kita akan biarkan pemimpin sebegini terus menerajui dan mengkhianati ibu pertiwi kita. Katakan NO WAY!!! Sempena "Hari Ibu" ..... mari lah kita berikrar pada ibu pertiwi kita..... yang kita akan jaga maruah nyer dengan me'nyah'kan anak-anak derhaka ini dalam PRU ke 13 nanti. Takbir!!!

Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com/

 
Load Counter