
Written by SM Noor
Kuala Terengganu – Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said disaran membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu sekarang, sebelum menghadapi krisis politik dan perlembagaan sebagaimana yang dihadapi oleh negeri Perak dewasa ini.
Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, ia adalah jalan terbaik kepada semua pihak bagi menyelesaikan krisis keyakinan yang sedang berlaku terhadap kepimpinan Ahmad.
“Dengan krisis keyakinan terhadap Menteri Besar (MB), bukan sahaja berlaku dikalangan pembangkang, malah berlaku dikalangan Ahli DUN Barisan Nasional (BN),
“jalan penyelesaian terbaik adalah MB mengambil tindakan pro-aktif, membubarkan DUN, sebelum berlaku krisis yang lebih kronik,”katanya ketika dihubungi Buletinonline.
Beliau yang juga ADUN Batu Burok berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan ura-ura yang menyatakan ada ADUN BN akan membawa usul undi tidak percaya terhadap Ahmad ke dalam Sidang DUN yang dijadualkan bermula Isnin ini
Ahmad dikatakan telah memberi amaran akan memecat mana-mana ADUN BN yang membawa usul tersebut ke dalam Sidang DUN yang dijadualkan bermula Isnin ini.
Mengulas lanjut, Dr. Syed Azman berkata krisis keyakinan terhadap Ahmad turut berlaku berlaku dikalangan pegawai kerajaan dan kakitangan anak-anak syarikat kerajaan negeri serta rakyat negeri Terengganu.
“Ahmad Said akan dipuji dan dikenang oleh rakyat sekiranya bertindak mengikut lunas undang-undang, membubarkan DUN dan mengembalikan mandat kepada rakyat,”tambah Dr. Syed.
http://www.buletinonline.net
Browse » Laman Utama
Lebih Baik Ahmad Said Bubarkan Sahaja DUN Terengganu
PAS Gerik, Saturday, April 11, 2009
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)

|