Jamuan Hari Raya PAS Kawasan Gerik



Pada 25 September hari ini PAS kawasan Gerik telah berjaya mengadakan majlis jamuan hari raya. Program yang diadakan di perkarangan Pejabat PAS Kawasan Gerik ini telah mendapat sambutan dari kalangan masyarakat setempat dengan kehadiran mereka yang memenuhi khemah tetamu. Program yang bermula pada pukul 3.30 petang ini telah diserikan lagi dengan kehadiran Bekas Calon Parlimen Gerik Saudara Mohammad Nor yang juga Pengerusi Pakatan Rakyat Gerik. Pelbagai hidangan telah disediakan, antaranya laksa, lemang serta kuih muih.

Menurut pengarah program En. Mohamamad Nor, "Program sebegini akan terus diadakan dari masa ke semasa bagi membuktikan kepada rakyat bahawa PAS sebagai sebuah parti Islam, bersungguh-sungguh menjayakan agenda 'Negara Berkebajikan'. Kehadiran PAS bukan untuk membawa perpecahan, tetapi PAS hadir sebagai sebuah bahtera penyelamat kepada rakyat yang kini sengsara kerana kezamilan demi kezaliman yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu".

PAS Kawasan Gerik melalui dewan pemudanya terus berkhidmat kepada masyarakat tanpa mengenal penat dan jemu. Sehubungan dengan itu, DPP Kawasan Gerik ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada seluruh jentera pemuda yang telah mengerah tenaga bagi menjayakan setiap program yang diaturkan. Seterusnya terima kasih juga kepada semua penyumbang-penyumbang yang bermurah hati menyampaikan sumbangan, semoga ianya kelak menjadi amalan yang baik disisi Allah s.w.t.

 
Load Counter