PILIHAN KITA UNTUK MENUMBANG BN

Bukan soal ulama atau profesional untuk memilih pimpinan Pas. Yang telah berada dalam barsian pimpinan Pas, pada amnya telah komited dengan matlamat perjuangan Pas. Soal menjaga dasar dan halatuju parti adalah dalam bidang kuasa Majlis Syura Ulamak. Itulah konsep sebenar Kepimpinan Ulamak ketika diperkenalkan pada peringkat awal dulu.

Kini kita mencari saf kepimpinan yang mampu menggerakkan jentera kerja merempuh Umno/BN. Najib akan menggunakan apa sahaja sttrategi kotor dan ganas dengan sebarang kos untuk menghadapi PR. Maka tak dapat tidak Pas kena membariskan tokoh politik yang semasa dan penuh pengalaman dalam menghadapi cabaran ini.

Maka kita beependapat barisan yang kita perlu tonjolkan untuk menghadapi cabaan ini ialah:

Presiden: TG Hj Abd Hadi Awang

Timbalan Presiden: Tuan Hj Mohamad Sabu

Naib Presiden : Mahfuz Omar
Husham Musa
Salehudin Ayub

Mereka telah berjuang sejak awal lagi ketika Pas berjuang seorang diri hinggalah ke era bersama APU, BA dan PR. Hubugan mereka ini dengan anggota bawahan tak ada masalah untuk menggerakan jentera ke jalanan menuntut perubahan demokrasi. Begitu juga hubungan mereka dengan rakan sePakatan Rakyat. Imej merakyat juga kelihatan kepada mereka.

Isunya ialah kemampuan, kekuatan dan track record mereka telah membuktikannya untuk menggerakkan dan memimpin parti menumbangkan BN. Mereka bukan tokoh yang baru muncul dan masih remaja pengalaman politik. Kita bukan memilih imam muda, bak kata Dr Dzulkefli. Kita mahu pencetus dan penggerak perubahan politik negara. Kalau pemimpin kita berani, kita pun berani. Kalau pemimpin kita rajin, kita pun rajin. Kalau pemimpin kita sanggup menanggung risiko, kita pun sanggup bersama.

Kekadang kita gagal melihat pengorbanan orang yang telah lama dalam parti dek kagun dengan imej orang baru yang belum pun teruji. Maka alangkah kita kecewa dengan prestasi Timbalan Presiden sekarang. Bukan kita sahaja yang sedar tetapi Lah Kok Lanas pun tahu. Hanya Utusan yang syok dengan Ustaz Nasarudin kerana kononya mudah untuk "berunding"

Alahai, moga perwakilan bijak memilih supaya jangan terkena dan terkecewa dengan prestasi Ustaz Nasarudin, hanya dek kerana alasan "ulamak" sahaja tanpa menimbang faktor lain yang lebih penting.

Utusan, Berita Harian dan Perkasa secara jelas takut jika Hj Mohamad Sabu menjadi Timbalan Presiden Pas. Mana yang musoh hentam dan tak suka itulah sepatutnya pilihan kita. Bukankah Hj Hadi menjadi sasaran Utusan ketika sebagai Timbalan Presiden dahulu. Mereka tahu Mohamad Sabu boleh berbuat sesuatu jika sebagai Timbalan Presiden Pas.

Kalau orang macam Dr Dzulkefli Ahmad, seorang penganalisis yang kritikal pun melihat Hj Mohamad Sabu sebagai pilihan Timbalan Presiden, maka ianya memberi makna dan isyarat yang cukup besar kepada kita semua.

SELAMAT BERMUKTAMAR

Sumber: http://sokongpr.blogspot.com/

 
Load Counter