Hanya kemenangan kecil....

Kemenangan UMNO/BN dalam PRK Merlimau dan Kerdau telah dijangka dari awal lagi. Jadi, apabila PAS kalah, tidak ada rasa kecewa di dalam hati.

Malah... UMNO/BN pun tak sepatutnya mendadik dada bercakap angkuh, kononnya..... kemenangan mereka ialah petanda yang sokongan rakyat sudah kembali kepada mereka.

Hello.... nama pun pilihan raya KECIL. Kemenangan UMNO/BN adalah sangat kecil, jika dibandingkan dengan jumlah BESAR wang ringgit yang ditaburkan dalam pelbagai bentuk pembangunan segera dan yang tak segera.... yang dilonggakkkan hanya di kedua-dua tempat tersebut pada satu masa.

On top of that..... penggunaan keseluruhan jentera kerajaan di kedua-dua tempat tersebut bagi menentang jentera parti PAS/Pakatan Rakyat, tidak memungkinkan kemenangan berpihak kepada PAS. Tambahan pulak, kedua-dua Merlimau dan Kerdau merupakan kubu kuat tradisi UMNO/BN.

Sebab itulah.... kemenangan yang diperoleh UMNO/BN hanya boleh dianggap sebagai kemenangan kecil semata-mata. Aha.... lainlah jika ia merupakan PRU. Kalau PRU.... memang boleh sangatlah kalau UMNO/BN nak eksen dan bersikap sombong serta angkuh.

Apa-apa pun... tahniah kepada kedua-dua calon UMNO/BN atas kemenangan tersebut dan selamat bergelar YB.

Kepada kedua-dua calon PAS yang kurang bernasib baik, anggap sajalah kekalahan kali ini sebagai takdir Allah SWT. Mungkin ada hikmahnya, mengapa Allah SWT belum mahu memberikan kemenangan kepada kita buat masa ini. Mungkin lain kali, insyaAllah.

Apa-apa pun... kita kuatkan semangat dan teruskan usaha kita bagi menghadapi PRU13. Semoga Allah SWT akan menghulurkan pertolonganNya kepada kita pada masa itu nanti.

Takbir!!

Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com/

 
Load Counter