Oleh Qarnain
"Adakah anda sudah menonton video tersebut? jikalau sudah apa pandangan saudara? Mengapa anda percaya? hanya kerana media mengatakan sedemikian, Mengapa anda percaya? kerana ia di nyatakan sendiri oleh bekas ketua menteri. Adakah anda melihat dengan mata kepala sendiri? jawapannya pasti tidak. siapa yang melihatnya? bolehkah mereka ini dipercayai? bagaimana harus anda melihat? maka gunalah mata hati anda. Pertama sekali kita harus melihat pada suasana.
Mengapa cerita ini timbul di saat-saat seperti ini? kita ada akal untuk berfikir. juga harus mengunakannya untuk melihat terhadap apa yang telah berlaku dan sedang berlaku. adakah susah untuk kita memikirkannya? maki cari lah melalui sumber-sumber yang ada seperti internet,blog,harakah termasuk mengerakkan mulut untuk bertanya pada mereka yang layak.jangan jadi malas atau bodoh kerana keduanya tiada perbezaan. Anda boleh mulakan dengan menyiasat latar belakang, motif dan kesan terhadap apa yang bakal berlaku. barulah cerdik namanya. bukan menerima sesuatu bulat-bulat macam budak-budak.
Siapa yang tidak kenal dengan mereka yang menuduh(ketua menteri)? masing-masing ada cerita tersendiri. jikalau didedahkan bak kata Prof madya Dr Asri tidak baik malah mengaibkan orang juga bercanggah dengan tuntutan Islam. maka wajar kita tangani masalah ini dengan penggunaan akal melalui pendekatan Islam. anda kata anda melayu dan beragama Islam?jangan cakap saja.
Sekiranya selepas anda membaca artikel ini, anda berjaya mengetahui kebenarannya, apakah tindakan anda seterusnya? diam membisu?tidak ambil kisah?buat bodoh? Jawapannya mudah, jika anda benar-benar yakin dengan diri anda melalui pendekatan Islam seperti yang dikatakan diatas nescaya anda tahu apa langkah seterusnya! anda mempunyai tenaga, kawan, keluarga, wang, status atau kuasa maka gunakan untuk melawan segala kezaliman yang berlaku yang terang lagi nyata terpampang untuk anda melihatnya.gunakan mata hati, mulakan dengan Bismillahirahmanirahim...
Sumber: http://www.detikdaily.net/v5/
Browse » Laman Utama
Buka MATA tengok video seks ANWAR
PAS Gerik, Friday, March 25, 2011
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
|