Kemasukan Artis Terkenal, Bob Lokman Ke Dalam Parti PAS Buatkan Puak-Puak UMNO Makin Gila Meroyan Serta Tidur Tidak Lena Sekarang Ini

Pengumuman artis terkenal, pengacara, penulis lirik dan bekas pengkritik tetap Raja Lawak 5 iaitu Bob Lokman (foto) menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS) sesungguhnya sesuatu yang amat mengejutkan semua pihak. Malah kehadirannya dalam beberapa program Pakatan Rakyat sejak akhir-akhir ini banyak menimbulkan tanda tanya peminat hiburann tanahair. Namun, segalanya terjawab apabila Bob Lokman mengisytiharkan diri sebagai Ahli PAS di hadapan 30 ribu Pemuda PAS di Kota Sarang Semut,Kedah semalam. Pengacara rancangan "Teksi Tunai" Astro itu menyerahkan borang keahliannya kepada YAB Ustaz Azizan Razak, Menteri Besar Kedah. Kemasukan beliau ke dalam PAS menyebabkan ramai pemimpin UMNO "kecut perut" sebenarnya. Ini kerana artis itu punyai ramai peminat yang terdiri dari kalangan generasi muda. Kemasukannya ke dalam PAS membuktikan parti itu kini mula diterima oleh golongan artis. Sebelum ini PAS mempunyai Ustaz Akhil Hayy, kemudian Ringgo Arrow dan kini diikuti oleh Bob Lokman. Cuma yang masih dinantikan ialah pengumuman rasmi oleh Amy Seacrh sahaja yang dipercayai telah bersama perjuangan parti PAS sejak kebelakangan ini.

Bob Lokman menyerahkan borang keahlian PAS kepada Ustaz Azizan

Ustaz Azizan Razak gembira mengangkat borang keahlian PAS Bob Lokman

Ribuan ahli pemuda PAS mendengar ceramah pertama oleh Bob Lokman

[Soalnya sekarang pasti ramai pemimpin dan para penyokong UMNO BN yang "gila meroyan" melihat penyertaan Bob Lokman ke dalam PAS ini terutamanya Setiausaha Agung UMNO si Tengku Adnan Tengku Mansor. Tambahan pula, dalam kenyataan terbarunya beliau jelas memperli Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat kononnya risau akibat parti itu kini hilang sokongan orang-orang Melayu. Nampaknya, kenyataan itu meleset sama sekali sekarang. Bukan orang Melayu biasa yang mula bersama PAS tetapi golongan artis juga. Malah, Bob Lokman dalam kenyataannya mengatakan dia menyertai PAS kerana Islam dan Nik Aziz sendiri. Sungguh sayu melihat penarikan diri Bob Lokman dari menjadi Pengkritik Tetap Raja Lawak 5 awal tahun ini. Beliau mengundur diri sambil memberi tazkirah dengan cara terhormat kepada semua peminat dan peserta Raja Lawak itu sendiri. Ramai yang panik dan terkejut dengan tindakan tersebut. Sangkaan kita dia sengaja buat gimik, rupa-rupanya Bob Lokman memang ingin kembali kepada landasan perjuangan Islam yang sebenar. Tahniah dan syabas diucapkan kepadanya atau keberanian dia buat tindakan yang cukup hebat ini].

 
Load Counter