Gotong royong membesarkan markas pas cawangan felda bersia

Felda Bersia, 23 jan - PAS Cawangan Felda Bersia hari ini bersama pemimpin dan ahli telah bergotong royong membesarkan dan membaik pulih Markas Tarbiyah PAS Cawangan Felda Bersia yang menelan belanja kira-kira RM 5,000.

Menurut ketuanya, Ustaz Khalid Bin Nordin aktiviti PAS telah mula dipertingkatkan di markas sejajar dengan keperluan mempertingkatkan tarbiyah dan pendidikan ahli parti dan masyarakat.

“Berdasarkan keperluan yang semakin meningkat untuk menampung program sama ada di peringkat cawangan mahupun kawasan, kita dapati markas ini perlu diperbesarkan dan dibaik pulih dengan sedikit struktur penambahan.











 
Load Counter