Gambar kunjungan Tok Guru, & calon Pas Dr Zul ke hospital





Kehadiran Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama calon PAS Dun Galas, Dr Zulkefli Mohamed ke Hospital Gua Musang pagi tadi mengejutkan banyak pihak termasuk pesakit.
Ramai pesakit terkejut dengan kehadiran Menteri Besar pada jam 8.45 pagi dan sempat melawat pesakit di wad dengan ditemani pegawai perubatan.

Malah pada kesempatan itu juga beliau dan Dr Zul menziarahi anak seorang kakitangan Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada awal pagi.

Tuan Guru tidak sempat hendak menziarahi lebih ramai pesakit kerana terpaksa bergegas pulang bagi menghadiri program penutup Pesta Air Kelantan di Kota Bharu pada sebelah petang.

Dr Zul ketika ditemui berkata, beliau melahirkan rasa terharu di atas sokongan padu seorang ulama terkenal ketika saat-saat genting bagi menghadapi pilihan raya kecil Dun Galas pada 4 November ini.

“Saya amat terharu di atas sokongan Tok Guru yang sanggup berulang alik dari Kota Bharu ke Gua Musang. Saya sangat terharu di atas komitmen tinggi beliau biar pun dalam keadaan kepenatan namun tetap datang ke sini,” katanya.

Sementara itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz memberitahu kehadirannya ke hospital dilakukan pada bila-bila masa sahaja kerana menziarahi pesakit sedikit sebanyak dapat meredakan perasaan mereka.

“Ajaran Islam sendiri amat menuntut umatnya menziarahi sesiapa sahaja yang sakit dan kalau ada kematian, kita juga disuruh membantu keluarga tersebut sehinggalah ke tanah perkuburan,” ujar beliau.

Selepas lawatan tersebut beliau bergegas ke RPT Sungai Terah menghadiri program Cakna Rakyat kemudian menunaikan solat di Masjid Batu Papan.

Pada sebelah petang menziarahi kematian seorang penduduk. Manakala sebelah malam menghadiri ceramah di Markas Penerangan dan Pasti Lepan Tupai.

Sumber: http://batuvskayu.blogspot.com/

 
Load Counter