2000 hadir ceramah Mat Sabu

Gerik ( 02 Ogos.) : Ceramah Tuan Haji Muhammad Sabu menarik kehadiran lebih 2000 pendengar di sini. Ceramah yang diadakan di Markas PAS Kampung Kerunai gerik di sini terpaksa menggunakan bantuan skrin besar bagi memuaskan hati pendengar yang jauh dari pentas.

Kehadiran ribuan pendengar kali ini mungkin diatas kesedaran pengundi-pengundi DUN Temenggor.

Ustaz Khalid Nordin digandingkan dengan Tuan Haji Muhammad Sabu sebagai penceramah pada malam ini. Orang ramai tidak berganjak mendengar kupasan isu-isu politik terkini oleh Tuan Haji Muhammad Sabu selama dua jam.

Yang Dipertua PAS Kawasan Gerik mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Unit Amal Kawasan Gerik yang berjaya mengawal lalu lintas dengan baik pada malam ini.

























 
Load Counter