Yahoooo.... Yabedabedo....!! At last... katak Wangsa Maju melompat juga. Melompat untuk menjadi bebas katanya. Baguslah tu.... Good luck to you!!
Alhamdulillah.... walau pun PKR bertambah 'kurus' tetapi sakit kepalanya bertambah kurang. It's ok.... Harap-harap semua berudu akan cepat menjadi katak. Bukan apa.... biarkan mereka melompat. Senang PKR nak kenal pasti duri-duri dalam daging mereka. Lagi banyak duri yang keluar.... lagi mudah bagi PKR untuk menyusun atur semula strategi bagi menghadapi PRU13 nanti.
Memanglah akan terasa sakit sedikit semasa duri nak keluar tetapi tak per.... Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Cari calon yang lebih berkaliber.... yang lebih bermaruah dan lebih amanah daripada katak-katak yang ada bagi PRU 13 nanti. InsyaAllah... semangat "Lawan Tetap Lawan" akan terus menghasil tsunami yang lebih dahsyat daripada PRU12.
Kuasa rakyat kuasa keramat!! Oleh itu.... biar kuasa rakyat yang mereka khianati, mengajar mereka nanti.
Adios Wee Choo Keong!! Looking forward to seeing you in PRU13.
But.... bertanding atas tiket apa pulak kamu nanti, ya??
Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com/
Browse » Laman Utama
Tu dia..... Sekoq lagi!!
PAS Gerik, Friday, May 14, 2010
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)
|