Ceramah isu- isu semasa di Kampung Kuak Hulu Keroh

200 orang penyokong Pakatan rakyat telah hadir beramai-ramai bagi mendengar ceramah isu isu semasa yang disampaikan oleh Adun Kupang Ustaz Johari serta Adun Gua Periok Ustaz Mohammad Awang di Kg. Kuak Hulu dekat sini malam tadi. Walaupun hari hujan mereka sanggup hadir untuk mendengar penerangan sebenar daripada pemimpin pemimpin pakatan rakayat biarpun tidak diberikan sebarang imbuhan oleh pihak penganjur.

Inilah bukti bahawa sokongan rakyat Perak kepada PAS tidak pernah luntur dan berjanji akan merampas kembali Negeri Perak dalam pilihanraya umum ke 13. Suasana program ceramah Pakatan Rakyat malam tadi berjaya . Malah, kutipan derma orang ramai sebanyak RM450 jelas sekali menggambarkan bahawa rakyat sanggup memberi sokongan dana sebanyak mana sekali pun demi sebuah perjuangan.




















 
Load Counter