Ceramah isu-isu semasa di Markas PAS Cawangan Kampung Bandariang Gerik

Ceramah dan penerangan isu semasa telah diadakan bertempat di Markas PAS kampung Bandariang Gerik. Ceramah telah bermula pada jam 9.00 malam sehingga 12.00 malam dan penceramah yang diundang ialah Naib Pengerusi PKR Perak Saudara Mazli Bin Hassan serta Speaker negeri kelantan. Dianggarkan seramai 200 orang telah menghadiri ceramah tersebut dan beberapa isu yang dibangkitkan oleh penceramah.

Diantara isunya adalah penceramah menegaskan bahawa rakyat sudah mula menolak parti Barisan Nasional terutama UMNO kerana sudah muak dengan pelbagai salah laku yang dikaitkan dengan parti tersebut. Ini dibuktikan dengan keputusan pilihan raya umum yang lepas di mana lima negeri telah berjaya ditawan oleh pakatan rakyat. Selain itu, speaker kelantan menyatakan sokongan dari kaum lain terutamanya kaum China masih tinggi terhadap Pakatan Rakyat . Ini dibuktikan semasa pilihan raya kecil P094 Hulu Selangor yang lalu dimana mereka bersama-sama berkempen untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat.
















 
Load Counter