Majlis Ceramah dan Sumbangan Bantuan Di Markas PAS Cawangan Kampung Bongor

Gerik, 11 Jan - Alhamdulillah, memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt atas keizinannya Pas Cawangan Kampung Bongor atas wadah perjuangan Pakatan Rakyat berhasil menganjurkan ceramah dengan dihadiri oleh kesemua penceramah yang di undang. Malam yang pada awalnya agak lesu pada mulanya dapat dihangatkan oleh hujah-hujah penceramah yang sememangnya berpotensi menjadi penceramah yang disegani.

Bermula dengan ucapan Saudara Mohd Noor selaku mantan calon PAS bagi Parlimen Gerik yang bertanding semasa PRU 12 yang lepas,

Turut sama menyampaikan ceramah pada majlis tersebut, Ketua Penerangan PAS Kawasan Gerik Saudara Ibrahim Nordin, Ketua PKR Cabang Gerik Haji Sopian Nordin serta Ustaz Khalid Nordin.

Di akhir Majlis PAS Cawangan Kampung Bongor telah mengagihkan sumbangan berupa beras serta sedikit wang kepada beberapa buah keluarga yang kurang bernasib baik.

Seramai 18 penerima telah menyaksikan kegembiraan mereka dan melenyapkan rasa sedih setelah menerima sumbangan dari sebuah parti politik yang bakal menerajui negara 1 Malaysia suatu hari nanti.

Penyampaian sumbangan oleh Ketua Penerangan PAS Kawasan Gerik, Saudara Ibrahim Nordin serta Ketua PKR Cabang Gerik Haji Sopian Nordin.


Antara muslimat yang hadir




Antara muslimin yang hadir


Ketua PKR Cabang Gerik Haji Supian serta Ketua Penerangan PAS Kawasan Gerik Saudara Ibrahim Nordin


Ustaz Khalid Nordin sedang menyampaikan ceramah beliau.



Mantan calon Parlimen Gerik Saudara Mohd Nor


Ketua Penerangan PAS Kawasan Gerik Saudara Ibrahim Nordin


Tuan Haji Sopian sedang menyampaikan sumbangan







Ketua Penerangan PAS Kawasan Gerik sedang menyampaikan sumbangan



 
Load Counter